Page 192 - ANUGERAH GURU INOVATIF: INDIVIDU SEKOLAH RENDAH (NURUL NADIA)
P. 192

Namun apa yang berlaku, masih terdapat murid tahun 6 yang masih mempunyai masalah
            dalam penguasaan sifir. Masalah ini telah dikenal pasti oleh saya sebagai guru mata pelajaran

            Matematik tahun 6, apabila murid diminta untuk menjawab soalan sifir bertulis. Lazimnya,
            apabila murid berhadapan dengan masalah sebegini, mereka akan di minta untuk membina
            jadual sifir di atas kertas soalan mereka untuk dirujuk. Namun begitu, mereka masih lagi

            terkial-kial dan mengambil masa yang terlalu lama untuk menyiapkan jadual sifir tersebut.
            Daripada pemeriksaan buku latihan, analisis kuiz, ujian prestasi dan analisis ujian pra setelah
            selesai sesuatu bab mendapati mereka tidak dapat menjawab atau membaca sifir darab

            secara spontan dengan tepat serta menyatakan hasil jawapan darab yang salah. Beberapa
            orang murid juga secara tidak langsung dapat dikenalpasti masih tidak dapat membezakan

            antara nombor genap dan nombor ganjil serta mengalami kekeliruan. Dengan menggunakan
            kaedah tradisional iaitu menggunakan kaedah hafalan didapati kurang membantu murid
            memaksa murid berfikir untuk membantu murid menguasai sifir darab dengan lebih mudah

            dan cepat selain menarik perhatian seiring peredaran zaman. Daripada pemerhatian didapati
            murid:

            I. tidak dapat menguasai sifir darab.
            II.  mengambil masa menjawab soalan berkaitan operasi asas darab terlalu lama.
           III.  tidak dapat membezakan dan mengenal antara nombor genap dan nombor ganjil
           IV.  tidak dapat menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi asas darab.



            Dengan mencipta kaedah inovasi yang saya namakan Sifir Sempoi Smart Kit ini, mampu

            membantu murid mengatasi masalah yang dinyatakan di atas. Sempoi dalam loghat utara
            membawa maksud mudah, senang. Penggunaan perkataan sempoi mendekatkan kaedah
            inovasi ini dengan persekitaran murid yang menggunakan percakapan dalam bahasa utara.

            Langkah awal guru hanya menggunakan buku kotak atau kertas dan belajar membina kotak
            dan memahamkan murid kaedah. Guru membiasakan murid membina petak sifir genap dan
            petak sifir ganjil bagi permulaan dengan menggunakan lagu ciptaan guru sendiri bagi

            memudahkan pembinaan petak oleh murid. Kaedah dimulakan dengan individu diikuti dengan
            berpasangan dan berkumpulan serta dalam talian penggunaan semasa PdPR. Apa yang lebih
            menarik lagi, Bertepatan dengan ini, tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk membantu

            murid -murid yang lemah penguasaan sifir dalam menangani masalah penguasaan fakta asas
            dalam matematik dengan memperkenalkan kaedah inovasi Sifir Sempoi Smart Kit.









                                                                                                      2
   187   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197