Page 10 - Mike - Bungkar - Pahlawan Dusun....
P. 10

10



                       Tumpuan cerita dalam buku ini hanya mengenai kisah-kisah Bungkar oleh kerana naratif-naratif
                       bobolian Yoroyok tidak banyak menyentuh mengenai yang tiga orang saudara Bungkar tadi.
                       Walau bagaimanapun dipercayai kesemua mereka bersama orang tua mereka Gubau dan
                       Konditim telah berpindah daripada kampung Pahu, Ranau ke kampung Sunsuron-Tontolob,
                       dalam daerah Tambunan. Perpindahan ini berlaku setelah Bungkar mengawini anak perempuan
                       seorang ketua masyarakat Sunsuron. Soria, adik kepada Bungkar, mati dibunuh sebelum sempat
                       berumahtangga sementara Balaan, abang aki Bungkar meninggal dunia dipercayai akibat
                       penyakit malaria. Menurut  cerita bobolian Yoroyok,  bapa saudaranya itu mengalami demam
                       sejuk dan selalu berjemur di bawah matahari.

                       Pada tahun 1800an pentadbiran British melalui Chartered Company telahpun berada di rantau
                       ini dan bagi Sabah (North Borneo) ketika itu kesan pentadbiran mereka hanya terdapat di
                       pesisiran pantai negeri ini. Bagi pendalaman negeri Sabah belum lagi diterukai mereka dan di
                       tengah-tengah pendalaman Sabah termasuk di pendalaman Sarawak dan pulau Borneo, amnya,
                       dihuni oleh manusia yang disebut oleh pengembara-pengembara Barat ketika itu sebagai ‘the
                       wild man of Borneo’ yang bermaksud; ‘orang liar Borneo’.

                       Orang Dusun di pendalaman Sabah, walaupun pada mulanya berasal daripada pesisiran pantai
                       dan telah bertamadun, apabila mereka berada di tengah-tengah rimba bersama makhluk-
                       makhluk lain ciptaan tuhan,yang terdapat dalam fikiran mereka hanya dua perkara; iaitu ‘untuk
                       terus hidup mereka perlu makan dan perlu membunuh agar tidak dibunuh’.

                       Kita bersyukur kerana kedatangan orang Barat, walaupun tujuan mereka adalah untuk
                       menjajah, telah membawa perubahan kehidupan orang-orang asli yang duduk di pendalaman
                       dengan memperkenalkan undang-undang modern mereka disamping agama yang terdapat hari
                       ini.


                                                              3


                       Bungkar Gubau – Lahir seorang pemimpin luarbiasa (1840).

                       Di pagi dingin yang berkabut terhidu bau bulu unggas dibakar. Kelihatan tiga lelaki duduk
                       bercangkung dekat api sedang membakar sesuatu, kemudian salah seorang berdiri dan
                       membawa dua ekor unggas yang bulunya telah dibakar beredar menujuke sebuah sumur
                       berdekatan.

                       Tidak jauh daripada situ terdapat sebuah rumah yang sedarhana besarnya berdindingkan buluh
                       jenis paring dan tamalang serta bertiangkan kayu bulat. Kelihatan dua orang perempuan
                       masing-masing membawa unggas dikepit di ketiak menaiki tangga rumah dan memasuki ke
                       dalam.

                       Cuaca pagi itu baik kerana tiada hujan,cuma kabut menyelubungi penempatan yang agak besar
                       di atas pergunungan hutan tebal yang banyak memberi sumbangan kepada penghidupan orang-
                       orang yang tinggal di kampung itu. Kampung itu diberi nama Pahu oleh moyang mereka.





                                                             10
   5   6   7   8   9   10