Page 6 - Mike - Bungkar - Pahlawan Dusun....
P. 6

6


                       Ramai intelek orang-orang Dusun atau Kadazan masa kini berusaha untuk membawa
                       mesyarakat ini ke suatu kelompok yang bersatupadu dan harmoni, namun usaha itu belum
                       menemui momentumnya. Ini terbukti daripada berbagai persatuan dan parti politik milik orang-
                       orang  Dusun atau Kadazan di Sabah.

                       Cerita buku ini ialah mengenai kesah seorang pemimpin suku Dusun Liwan bernama Bungkar
                       Gubau yang berjaya menamatkan budaya ‘head hunting’ seketika setelah dapat membunuh
                       ketua pihak lawan yang kebetulan adalah daripada suku Dusun Tagahas yang bernama
                       Sambatang.Namun usaha itu tidak kekal oleh kerana kedatangan Mat Salleh telah memulakan
                       semula perbalahan antara dua puak suku Dusun itu.

                       Kedua, kedatangan Bungkar Gubau ke kampung Sunsuron, Tambunan dalam tahun 1860an telah
                       memperkenalkan penanaman padi sawah yang lebih sistematik yang dipelajarinya semasa
                       berkerja dengan seorangimmigrant pengusaha Cina di lembah Kota Belud.

                       Ketiga, pengalaman yang diperolehi mengenai keselamatan kampung semasa merantau ke
                       tempat lain telah diguna pakai untuk mengawal dan mempertahankan kampung Sunsuron
                       daripada penceroboh-penceroboh yang hendak melakukan jenayah.

                       Keempat, Bungkar Gubau, yang dipercayai berusia 60an tahun ketika kedatangan Mat Salleh ke
                       Tambunan telah memperluaskan penggunaan undang-undang adat dalam setiap penghidupan
                       masyarakat kampung.

                       Dipercayai semua ini telah diterima oleh Sampuun sebagai nasihat untuk beliau menuntut
                       keadilandaripada kerajaan pihak Chartered Company British. Bungkar Gubau, semasa mudanya
                       berkerja di Kota Belud dan telah ternampak kuasa kerajaan British yang tidak dapat
                       dipertikaikan dalam menjaga keselamatan ketika itu.

                       Sebelum  membuka lembaran mengenai kisah-kisah pemimpin ini, kita singkap dahulu sejarah
                       orang-orang Dusun. Kita menggunakan nama Dusun kerana lebih asli dan merangkumi Dusun
                       Lotud, Dusun Runggus, Dusun Labuk, Dusun Tatana, Dusun Kimaragang dan sebagainya.



                                                                                Penulis.



                                                           1


                                     Kerajaan Puni atau Boni – Utara Barat pulau Borneo.

                       Sejarah orang Dusun bermula 800 tahun dahulu disuatu tempat di utara barat pulau ketiga
                       terbesar di dunia yang dikenali sebagai Borneo. Sebuah pemerintahan ditubuhkan oleh orang-
                       orang Bisaya, satu cabang bangsa Dusun. Dalam rekod China, terdapat suatu wilayah luas yang
                       mempunayi suatu pusat disebut dengan nama Po-lo, P’o-li dan Ye-po-ti. Adalah dipercayai juga
                       bahawa teluk Brunei, menjadi pusat perniagaan China (centre of Chinese trade) antara abad ke-




                                                              6
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10