Page 9 - Mike - Bungkar - Pahlawan Dusun....
P. 9

9


                       (junks) milik Brunei kerana menyangka yang perahu-perahu itu hendak menyerang kapal
                       mereka.

                       Apabila sultan Brunei terdengar mengenai kejadian itu maka dengan segera mengarahkan
                       orang-orangnya untuk pergi memberitahu rombongan Spaniol yang maseh berada di darat
                       berniaga bahawa orang-orang dalam perahu sultan Brunei itu tidak berniat untuk melakukan
                       serangan kepada kapal Spanish tetapi sedang berperang dengan orang-orang yang bukan
                       Muslim, sambil menunjukkan kepala orang-orang yang dibunuh askar-askar sultan Brunei. (The
                       Moorish [moslem] king having heard of our bad treatment of his junks, made haste to inform us
                       through one of our people who was ashore trading, that the prahus were no means intended to
                       do us harm, but to make war on the gentiles [non-moslem], in proof of which they showed us
                       some heads of those of them they had killed).

                       Daripada catatan Antonio Pigafetta ternyata berlaku kekejaman pemerintahan sultan Brunei
                       ketika itu terhadap rakyatnya yang belum memeluk agama Islam dan kebanyakannya adalah
                       orang-orang Dusun atau Bisaya yang maseh mengamalkan kepercayaan asal mereka ketika itu.

                       Sejarah Brunei ada kaitan dengan sejarah orang-orang Bisaya atau Dusun kerana pada asalnya
                       orang-orang Brunei, yang sekarang ini dipanggil Melayu Brunei, sebenarnya berketurunan
                       daripada orang Dusun atau Bisaya yang membentuk empayar Brunei kuno yang dipanggil Puni
                       mengikut catatan sejarah China. Kesan-kesan sejarah seperti tembikar China dalam zaman
                       empayar Ming (1368 dan 1644) telah dijumpai di Abai Kota Belud, Sabah, Kota Batu, Brunei dan
                       Santubung, Sarawak.

                       Dipercayai populasi Dusun atau Bisaya sangat ramai pada zaman dahulu, tetapi dengan adanya
                       penghijrahan ke tempat lain dan bertaburan menjadikannya minority apabila masing-masing
                       cabang mengamalkan sebutan puak sebagai identity mereka.

                       Dalam hikayat Makatunau menceritakan terdapat sembilan orang Datu (gelaran pembesar-
                       pembesar pemerintahan Brunei kuno) yang melarikan dengan belayar dari kerajaan Buni kearah
                       timur kerana perang saudara ketika itu. Hanya seorang Datu dengan rombongannya telah
                       sampai di pulau yang dipanggil sekarang sebagai pulau Sulu, sementara lapan orang Datu yang
                       lain telah berpatah balik dan mudik sungai Labuk. Gunung Kinabalu sebagai pedoman untuk
                       memasuki ke pendalaman.Dipercayai anatara Datu-Datu itu telah menubuhkan penempatan
                       yang sekarang ini dipanggil Nunuk Ragang kerana terdapat dalam cerita lama mengenai
                       kerajaan Bukit yang mungkin merujuk kepada Nunuk Ragang.


                                                             2

                       Gubau berkahwin Konditim – keturunan dari Nunuk Ragang.


                       Pada sekitar tahun 1820an, setelah lebih kurang  beberapa abad sejak bermula orang-orang
                       Dusun yang berhijrah meninggalkan tempat asal mereka Buni (Brunei) dan menubuhkan
                       penempatan pertama di lembah Nunuk Ragang, seorang keturunanaki Gorodong bernama
                       Gubau, suku Liwan, berkahwin dengan seorang gadis dari suku Bundu bernama Kondotim.
                       Mereka kemudian dikurniakan empat orang anak, Yumpiau, Balaan, Bungkar dan Soria.




                                                              9
   4   5   6   7   8   9   10