Page 8 - Mike - Bungkar - Pahlawan Dusun....
P. 8
8
Pada abad ke-13 kerajaan Boni mengelami tekanan dari dua pihak, satu daripada Suluyang
dikatakan telah menyerang Boni. Setelah Sulu diusir, wilayah Boni aman selama beberapa
waktu, namun muncul serangan baru yang lebih besar dari kerajaan A-Lako yang dipimpin oleh
Raja Tugau.
Dengan bantuan Sambas dari Majapahit, Raja Tugau telah menyerang Maharaja Boni yang
ketika itu menguasai sekitar 14 negeri disebut ‘Fo-Ni’ dalam catatan China. Raja Tugau berjaya
menakluki Bintulu, Baram dan sampai ke Tutung, Brunei.
(Brown 1978 : 45 – 56)
Buku mengenai ‘ History of modern Sabah ‘ juga mengatakan mengenai zaman kegemilangan
kerajaan Bruneikuno yang menghantar dutanya ke China dan tidak lagi bergantung kepada
kerajaan Mahjapahit.Fakta daripada catatan Ming dynasty di China (1368 – 1644) juga boleh
menguatkan anggapan tentang serangan keatas Boni atau Puni (Brunei) oleh kerajaan A-Lako
yang dipengaruhi oleh Mahjapahit di barat selatan pulau Borneo.
Agama Islam sampai ke Brunei hanya dalam abad ke limabelas yang dibawa oleh pedagang-
pedagang India dan Arab setelah berpindah daripada Melaka apabila Melaka jatuh ke tangan
Portugis. Dengan kedatangan agama Islam ke Brunei, pemerintahan Boni (Brunei) beralih
daripada kerajaan ala ‘Buddhism’, kerana pengaruh China, kepada kerajaan kesultanan Islam.
Dua kejadian yang berlaku keatas kerajaan kuno Brunei iaitu serangan pemerintahan A-Lako dan
peralihan bentuk pemerintahan daripada ala Buddhism kepada Islam mungkin telah memberi
impak kepada orang-orang Dusun yang tidak menukarkan kepercayaan mereka. Keadaan ini
mungkin menyebabkan mereka berhijrah ke pendalaman Sabah.Bagi yang telah memilih untuk
tidak berhijrah telah menukarkan identiti mereka untuk mengelakkan daripada diskriminasi.
Dalam buku ‘The Island of Borneo’ oleh penulis sejarah Barat mengatakan, ‘Brunei Malays, for
example, originated largely from the early pagan population inhabiting these north-westcoastal
regions, it was such communities as the Lun Bawangs and Dusuns (Bisayas) (Sellato1989a : 20)
bermaksud, Melayu Brunei, sebagai contoh, berasal sebahagian besarnya daripada penduduk
awal pagan yang mendiami kawasan pantai barat-utara pulau Borneo.
Bahasa Melayu Brunei maseh banyak persamaan bahasa Dusun; sebagai contoh, manuk (ayam),
piasau (kelapa), lagau (panggil) dan dalam bahasa Dusun ‘lohou’, kurapak (bercakap), dalam
bahasa Dusun ‘oborotok’ bermaksud; banyak bercakap dan banyak lagi.
Dalam tahun 1521 seorang ahli sejarah Spaniol Antonio Pigafetta, yang mengikuti pelayaran
Magellan mengelilingi dunia, telah singgah ke Brunei dalam kapal Victoria dan menceritakan
tentang kegemilangan pemerintahan sultan Brunei sultan Bolkiah, seorang ‘strict moslem’, taat
kepada agama Islam, namun rombongan Spainol itu mengatakan yang mereka diberi makan
yang mewah dan dihidangkan ‘rice wine’ (tapai).
Daripada catatan itu kita dapat melihat bahawa pada awal peralihat pemerintahan kesultanan
Brunei, walaupun mereka telah memeluk agama Islam, mereka maseh mengekalkan budaya
lama mereka.
Antonio Pigafetta juga mengatakan pada 29hb. July, dua minggu selepas kunjungan mereka
mengadap sultan Brunei, kapal mereka telah melepaskan tembakan meriam keatas tungkang
8