Page 5 - Mike - Bungkar - Pahlawan Dusun....
P. 5
5
pegawai daerah Keningau Mr. F.W. Fraser mengenai perbuatan Mat Salleh keatas orang-orang
kampung Sunsuron.
Kampung Sunsuron terletak dipertengahan laluan orang-orang Tambunan untuk pergi ‘badi’
(trading – berniaga) di Dongongon, Penampang. Peniaga-peniaga dari lembah Tambunan akan
membawa barang-barang seperti damar atau produk hutan lain seperti madu lebah dan lilin
lebah, rotan untuk tali pengikatdan lain-lain ke Dongongon, Penampang dan akan membawa
balik garam, kain dan sebagainya untuk didagang di suatu kawasan di gunung Wakid tempat
penduduk tempatandaripada kampung-kampung lain dari kawasan Ranau dan Keningau
berdagang. Tempat itu yang terletak di atas bukit dinamakan Wakid diambil daripada nama
sejenis pengangkut galas belakang tempat menyimpan barang-barang yang diperbuat daripada
buluh dalam bahasa Dusun sebagai ‘Wakid’.
Melihat kedudukan Sunsuron strategic, maka Mat Salleh ingin menguasai laluan itu bagi
membolehkan pungutan cukai. Ketua orang-orang Sunsuron seperti Sampuun telah dapat
membaca perancangan Mat Salleh dan disebabkan Mat Salleh memihak kepada musuh mereka
dan pengikut-pengikut Mat Salleh juga kerap membuat gangguan kepada penduduk Sunsuron
maka mereka menentang sebarang campurtangan keatas Sunsuron.
Ketua Dusun TuhawonSunsuron bernama Sampuun berjumpa F.W. Fraser melalui seorang
pemimpin Dusun dan Murut Keningau bernama Gunsanad. Dalam buku yang ditulis oleh
seorang pengarang British F.G. Welhan berkata, ‘The Tiawans (Tuhawon) put in a request to the
Government to set up a post in Tambunan’, bermaksud, ‘orang-orang Tiawan (Tuhawon) telah
meminta kepada kerajaan untuk menubuhkan pengkalan di Tambunan’.
Menurut F.G. Whelan lagi; ‘Mat Salleh seems to have been very angry that the Government was
taking over Tiawan territory; at the same time, after the Tiawan’s chiefs had sworn loyalty to the
company, he (Mat Salleh) met Governor Beaufort in his own fort near Toboh, and said that he
had no complaints except that the Tiawan had sheltered two deserters from his bands,
Abdulraham and Khalib, bermaksud;‘Mat Salleh kelihatan sangat marah kerana kerajaan telah
mengambil wilayah Tiawan (Tuhawon), pada masa yang sama, setelah ketua Tiawan berikhrar
taat setiakepada syarikat, dia (Mat Salleh) berjumpa dengan Gabnur Beaufort di kubunya dekat
Toboh, dan memberitahu yang dia tiada hendak mengadu kecuali bahawa orang Tiawan
(Tuhawon) telah melindungi dua orang yang melarikan diri daripada kumpulannya bernama
Abdulraham dan Khalib’.
Apabila Mat Salleh dan orang-orang suku Dusun Tagahas menyerang Sunsuron dan membunuh
tiga puluh orang serta mengambil lapan ekor kerbau, maka pihak kerajaan Chartered Company
memutuskan untuk menyerang kubu Mat Salleh, dan kematian Mat Salleh mengakhiri
perbalahan orang-orang Dusun di Tambunan.
Kesimpulannya, kita dapat melihat bahawa perpecahan kaum Dusun di Tambunan ketika itu
mengundang pihak luar (Mat Salleh) campur tangan, setelah melarikan diri daripada kubunya di
Ranau yang diserang dan dimusnahkan oleh pihak Chartered Company British dan kehadiran
pihak Mat Salleh hanya memburukkan keadaan apabila dia memihak satu suku kaum Dusun
sahaja. Kedua, pihak Chartered Company telah dapat memperluaskan penguasaannya untuk
mengutip ‘cukai kepala’.
5