Page 2 - Mike - Bungkar - Pahlawan Dusun....
P. 2

2





                       Kedua-dua lelaki itu dibenarkan tinggal di rumah panjang tetapi tidak dibenarkan tidur dalam
                       bilik rumah panjang, atas arahan seorang ketua wanita yang mungkin seorang ‘bobolian’, dan
                       mereka tidur di ruang koridor sehingga rombongan kaum lelaki lain kembali pada beberapa hari
                       berikutnya bersama rombongan penghijrah yang lain.

                       Daripada hari itu semua masyarakat itu dipanggil ‘seliwan’ yang bermaksud diluar, dan lama-
                       kelamahan masyarakat itu di panggil ‘Liwan’.
                       Daripada insiden itu juga terbentuk satu peraturan adat masyarakat Dusun yang telah
                       menempuh kesengsaraan semasa melarikan daripada kerajaan Brunei kuno (Poni atau Buni)
                       bahawa kaum lelaki asing tidak dibenarkan mendekati kaum perempuan semasa ketiadaan
                       kaum lelaki yang sekeluarga atau suami perempuan itu.

                       Kembali kepada kesah penghijrahan puak Liwan keluar daripada Nunuk Ragang, rombongan ini
                       diketuai oleh dua orang bernama Gorodong dan Goromon yang kemudiannya berpecah dua
                       cabang, satu kumpulan diketuai oleh Goromon berhijrah ke utara dan keturunan mereka
                       dipanggil suku Bundu yang terdapat di Bundu Tuhan, ulu Kiulu, ulu Tuaran sehingga Libodon.

                       Kumpulan kedua yang diketuai oleh Gorodong telah berkembang daripada Pahu, ada yang pergi
                       ke selatan danmembuka penempatan di kawasan Kirokot dan Patau dan ada yang pergi kearah
                       timur mengikuti sungai Liwagu Kewananan ke hilir. Puak Liwan ini telah bertembung semula
                       dengan puak Tagahas yang mudik sungai Liwagu Kewananan.

                       Suku Dusun yang terakhir meninggalkan Nunuk Ragang ialah suku yang dinamakan suku Tagahas
                       yang berhijrah dalam dua kumpulan, satu kumpulan mudik ke ulu sungai Liwagu Kogibangan dan
                       kumpulan kedua mudik sungai Liwagu Kewananan. Mereka dinamakan Tagahas daripada
                       perkataan bahasa Dusun ‘agaras’ kerana dikatakan suku ini tahan lasak dan tidak mudah
                       diserang ‘Minorit’ iaitu penyakit cacar yang menjadi wabak pada suatu ketika di penempatan
                       Nunuk Ragang dan hampir menghapuskan penduduknya terutama sekali kanak-kanak.

                       Terdapat lagenda berasingan mengenai ‘Minorit’ yang dikatakan manusia kerdil yang muncul
                       daripada tanah dan membunuh manusia besar melalui serangan kulit terutama sekali kanak-
                       kanak, akan tetapi penyakit itu sebenarnya adalah penyakit cacar.

                       Suku Tagahas yang mudik sungai Liwagu Kogibangan telah bertembung dengan puak Tuhawon
                       di kaki gunung Trus Madi dan saudara rumpun Tuhawon ini telah menjanjikan untuk
                       membahagikan kawasan tanah di lembah Tambunan, namun dikatakan tidak tertunai
                       menyebabkan mereka bermusuhan.

                       Terdapat cerita lagi bahawa nama sungai Pagalan berasal dari perkataan ‘pagalaian’ yang
                       bermaksud lencongan atau jalan pirau dimana orang-orang suku Tagahas telah membuat jalan
                       pirau ke tempat lain bagi mengelakkan pertembungan dengan suku Tuhawon yang telahpun
                       membuat penempatan di selatan lembah Tambunan.

                       Suku Tagahas yang membuat jalan pirau ke utara lembah Tambunan akhirnya membuat
                       penempatan mereka di kawasan kampung Tibabar dan menerokai tanah berhampiran sungai




                                                              2
   1   2   3   4   5   6   7