Page 3 - Mike - Bungkar - Pahlawan Dusun....
P. 3
3
Pagalan. Mereka tidak dapat berkembang untuk mudik ke ulu sungai Pagalan kerana terdapat
suku Liwan di kawasan Patau dan Kirokot sementara di kawasan selatan dan barat lembah
Tambunan sudah diduduki suku Tuhawon.
Di lembah Tambunan inilah bermulanya perbalahan yang berpanjangan antara suku-suku Dusun
yang pada mulanya merupakan satu rumpun Nunuk Ragang. Walaupun demikian, suku-suku ini
masih boleh berkembang dari segi bilangan dan kehidupan dan terdapat juga kahwin-campur
samada melalui perkenalan atau penculikan semasa menyerang kampung lain yang disebut
dengan istilah ‘mengayau’.
Sementara itu kumpulan kedua suku Tagahas yang mudik sungai Liwagu Kewananan telah
berkembang merintasi pergunungan Crocker sehingga ke pantai barat dalam kawasan
Menggatal. Ketika dalam penghijrahan mudik sungai Liwagu Kewananan, kumpulan kedua suku
Tagahas ini telah bertembung dengan suku Liwan yang turun ke hilir sungai Liwagu Kewananan.
Perbalahan juga terjadi sehingga membawa kepada ‘misangod’, sebagai bukti di kampung
Sagindai, Ranau maseh terdapat kesan-kesan tempat menyimpan kepala semasa peperangan
antara kedua-dua suku ini. Perkataan Segindai itu bererti ‘pengantungan tengkorak’ manusia.
Kalau dikaji mengikut kronologi penghijrahan orang-orang Dusun yang keluar daripada Nunuk
Ragang, mendapati perbalahan mereka itu berpunca daripada perjanjian yang tidak tertunai dan
perebutan kawasan tanah penempatan. Ketiadaan undang-undang dan pemerintahan yang
unggul untuk menyelasaikan sebarang persengketaan maka perbalahan itu berterusan sehingga
kedatangan pihak British.
Satu kumpulan orang-orang Dusun yang juga telah keluar daripada Nunuk Ragang telah
berhijrah kearah timur yang kini keturunan mereka terdapat di ulu sungai Kinabatangan dan
sungai Segama. Kumpulan ini juga telah berpecah-pecah menjadikan kelompok-kelompok kecil
dengan sebutan nama suku seperti Mokiang, Sukang, Mangkaak, Rumanau, Supan, Bagahak dan
sebagainya. Semua puak-puak ini kini diberi nama ‘Orang Sungai’ kerana tinggal di tepi-tepi
sungai namun mempunyai cerita berasal daripada Nunuk Ragang.
Bobolian atau Bobohizan Yoyorok iaitu anak perempuan kepada moyang Bungkar, tajuk dalam
cerita ini,dan merupakan nenek kepada pengarang buku ini Jos Michael Tingkas dan adeknya
John Tingkas seorang ahli Theology yang sedang membuat kajian (research) mengenai
‘bobolianizm’ yang sekarang ini sedang membuat buku ‘Our Uncommon Anscestor Bungkar
1840’. Bobolian odu Yoyorok Bungkar semasa hayatnya adalah antara bobolian terkenal di
Tambunan dan beberapa kali diundang untuk mengadakan ‘ritual’ dalam upacara-upacara khas.
Beliau meninggal dunia pada 03hb. March 1977 dalam usia 96 tahun.
Orang Dusun atau Kadazan pada zaman dulu, sebelum kedatangan agama monothesis, iaitu
Islam dan Kristian, kalau dikaji lebih mendalam, mereka yang dikatakan pagan ini, sebenarnya
memiliki satu jenis agama polythesis atau kultus dan memainkan peranan membentuk adat
resam serta pantang larang.
Kerana tidak mempunyai aksara, doa dalam upacara sembayang atau untuk mengobati orang
sakit dan lain-lain adalah dengan menyebut mentera yang dihafal sebelum ditauliahkan sebagai
bobolian, biasanya mengambil masa Sembilan tahun untuk mempelajari dan menghafal semua
mentera-mentera.Bahasa mentera yang digunakan oleh bobolian Dusun ialah bahasa Dusun
3