Page 7 - Mike - Bungkar - Pahlawan Dusun....
P. 7
7
6 dan abad ke-15 (antara 600 Masihi dan 1500 Masihi), juga disebut dengan nama panggilan ‘Fu-
Ni’ atau ‘Boni’.
Rekod China juga mengatakan dalam tahun 977 (Masihi) seorang Maharaja daripada kawasan
itu menghantar duta kepada Maharaja China. Terdapat dalam ‘Chinese Annals’ seawal abad
ketujuh mengenai kenyataan ini dan kenyataan ini lebih jelas pada zaman ‘Ming Dynasty’ (1368
– 1644). Kisah mengenai sultan-sultan Brunei juga mengatakan raja Brunei yang pertama
memeluk agama Islam ialah Alak Batata. Ia berbangsa Bisaya dan setelah memeluk agama
Isslam, ia mengambil nama gelaran Paduka Sri Sultan Mohamad.
Pada Ketika itu bangsa Melayu belum wujud oleh kerana perkataan Melayu itu sendiri berasal
daripada perkataan Hindu Tamil iaitu ‘Malai’ (gunung) dan ‘ur’ (tanah penempatan) sebagai
rujukan kepada semenanjung Malaya dan Sumatra oleh pedagang-pedagang India Tamil,
sebagaimana yang direkodkan oleh seorang pelayar berbangsa Prancis bernama Jiles Dumont
d’Urvil sebagai rujukan kepada pulau-pulau di rantau Asia Tengara, dalam expedisinya tahun
1826 di Oceania. Pelayar itu mencipta nama Malaysia, Micronesia dan Melanesia untuk
mengenalpasti kepulauan yangbiasa disebut East Indies (Asia Tenggara).
Terdapat cerita yang mengatakan perkataan ‘melayu’ juga berasal daripada sebutan orang-
orang Jawa zaman dahulu yang merujuk kepada orang-orang Jawa di semenanjung Malaya
sebagai ‘yuong melayu’ yang bermaksud ‘orang lari’. Bagi bahasa Tagalog Philippine pula,
perkataan melayu itu bermaksud ‘jauh’. Jika dikaji secara mendalam, nama ‘Melayu’ digunakan
oleh pelayar Jiles Dumont d’Urvill hanya sebagai rujukan untuk mengenalpasti kepulauan di Asia
Tenggara dan bukan sebagai bangsa oleh kerana pulau-pulau yang berselerak itu sudah diduduki
oleh manusia yang mengamalkan budaya dan bahasa yang berbeza-beza, sebagai contoh pulau
Borneo telah lama diduduki oleh orang-orang yang disebut Dayak dan merangkumi berpuluh-
ratus puak yang bertaburan, dan berbeza dengan budaya dan bahasa di pulau-pulau lain seperti
pulau Sumatra atau Sulawesi.
Berbalik kepada sejarah pulau Borneo, pedagang dari India belum sampai ke pulau Borneo
ketika zaman pemerintahan Brunei kuno. Yang sampai ke pulau Borneo hanya pedagang China
untuk mencari rempah (spice), sarang burung, damar, rotan, madu dan lilin lebah, kayukeras
dan lain-lain bahan mentah sementara pedagang China membawa kain sutra, logam dan barang-
barang tembikar.
Penulis Barat yang merujuk sumber dari catitan China mengatakan pada tahun 1345 kerajaan
Boni diperintah oleh seorang penguasa digelar ‘Maharaja’ (emperor) pada abad 1300an.
(Groeneveldt 1880 : 39).
Boni kuno di teluk Brunei digelar ‘ Poguni ‘ mungkin berasal dari kata ‘ Pogun ‘ dalam bahasa
Dusun yang bererti negeri atau daerah.
Disebelah selatan ujud satu kerajaan A-Lako dari Dayak Melanau, satu bangsa Dayak di Sarawak
yang diperintah oleh Raja Tugau (juga dikenali sebagai Raja Makatunau dalam hikayat Visaya).
Kerajaan A-Lako ini di bawah pengaruh Majapahit yang menguasai wilayah barat selatan pulau
Borneo.
7