Page 4 - Mike - Bungkar - Pahlawan Dusun....
P. 4
4
murni yang sekarang ini sudah menjadi klasik, sehingga perkataan-perkataan dan istilah-istilah
tidak lagi difahami oleh orang Dusun kebanyakan.
Daripada naratif-naratif bobolian Yoyorok banyak mengambarkan mengenai sifat orang-orang
Dusun dahulu yang boleh dibahagikan kepada tiga kategori; pertama, penghijrahan untuk hidup
(migrate for survival), kedua, membalas sebagai usaha perantaraan (revenge for arbitration) dan
ketiga, conflik berterusan (continuous conflict).
Pergaduhan antara mereka atau ‘internecine squabble’ hanya berlaku semasa orang-orang
Dusun keluar daripada Nunuk Ragang. Sebelum mereka berhijrah keluar daripada Nunuk
Ragang, dikatakan mereka mengamalkan budaya ‘misompuru’ (bersatu), ‘mitoluod’ (berbaik-
baik) dan ‘mitatabang’ (bergotong-royong).
Apabila mereka telah keluar daripada Nunuk Ragang maka bermulalah perpecahan kerana
sebarang perselisihan faham tidak lagi dapat diselasaikan secara ‘mitumburungak’ atau
pituubungan’ (bermusyawarah). Salah satu sebab ialah kerana mereka telah berjauhan
menyebabkan kesukaran untuk mengadakan ‘moginakan’ (jamuan makan besar) seperti yang
moyang orang-orang Dusun biasa amalkan semasa di Nunuk Ragang setiap tahun selepas
menuai hasil tani mereka. Sehinggah abad ke 19 dan awal abad ke 20an amalan moginakan
masih sering diadakan.
Beberapa dekad berlalu, perbalahan antara puak orang-orang Dusun dari rumpun Nunuk Ragang
masih berterusan. Kemasukan Mat Salleh ke Tambunan, setelah kubuhnya di Ranau
dimusnahkan oleh pihak Chartered Company British, dan perjanjian damai antara Mat Salleh
dengan seorang pegawai Chartered Company British, Mr. William C. Cowie dalam tahun 1898,
di mana Mat Salleh dibenarkan untuk tinggal di Tambunan,kerana pihak British ketika itu
mungkin kurang berminat untuk mentadbir Tambunan yang tiada sumber menguntungkan
melainkan usaha untuk menghentikan perbalahan dan amalan budaya ‘mengambil kepala’, telah
memarakkan semula perbalahan.
Mengikut seorang sejarawan barat Tregoning (1965:203), dia mengatakan dalam bukunya,’Only
Witti, the early explorer in this authorized trek, and later all, had passed through (Tambunan
plain), both very quickly to save their lives from the Dusuns. Bermaksud; hanya Witti, seorang
pengembara terawal dalam perjalanan yang dibenarkan, telah melalui lembah Tambunan,
dengan pantas, untuk menyelematkan diri daripada orang Dusun. Witti mati dibunuh oleh orang
Murut dalam pengembaraan seterusnya di kawasan pendalaman.
Antara syarat-syarat yang diberi kepada Mat Salleh untuk tinggal di Tambunan ialah; ‘Mat
Salleh, at the request of the Government, will always assist in arresting anyone required for any
offence’, yang bermaksud;‘Mat Salleh, atas permintaan kerajaan, hendaklah membantu
menangkap atau menahan sesiapa yang dikehendaki atas sesuatu kesalahan’. Pentadbiran
Chartered Company British pada ketika itu belum sampai ke Tambunan dan pengkalan (Post)
Chartered Company hanya berada di Keningau.
Apabila suku Dusun Liwan dan Tuhawon yang bermusuhan dengan suku Dusun Tagahas
mengetahui Mat Salleh, yang memihak kepada suku Dusun Tagahas, telah diberikuasa oleh
Chartered Company keatas Tambunan, mereka tidak berpuas hati dan telah mengadu kepada
4