Page 21 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 21

SUNDATANG : NILAI SENI BORNEO UNTUK GENERASI BAHARU

                                   Abdul Halim bin Hashim ( halim27-01@epembelajaran.edu.my )
                                      Afinah binti A.D. Matsud (afinahadmatsud@gmail.com  )
                                                 IPG Kampus Keningau,SABAH.

                                                         ABSTRAK
                Kertas konsep ini adalah untuk membantu para pelajar menjadi pencinta kepada nilai kesenian suku
                kaum dan warisan etnik sebagai suatu medium mengekalkan budaya dan adat resam khususnya alat
                muzik tradisional. Arus kemodenan hari ini merupakan suatu cabaran yang besar kepada usaha untuk
                mengekalkannya  sebagai  suatu  bentuk  penghayatan  dan  pengamalan  dalam  kalangan  pelajar  masa
                kini. Kecenderungan mereka ke arah menggilai muzik-muzik moden yang boleh didengari dan diakses
                dalam  pelbagai  bentuk  gajet  teknologi  menyebabkan  muzik  serta  alat  muzik  tradisional  semakin
                dilupakan  kian  ditelan  zaman.  Rakyat  Sabah  telah  sekian  lama  proaktif  dalam  menggembalikan
                kegemilangan muzik dan alat muzik tradisional Sabah. Oleh itu, langkah untuk mempopularkannya di
                kalangan generasi baharu perlu bermula dari pengenalan, penghayatan dan yang paling penting ialah
                usaha  kepada  suatu  bentuk  inovasi  pembuatan  moden  dengan  mengekalkan  ciri-ciri  kesenian
                tradisional sedia ada. Variasi muzik tradisi di Sabah adalah hasil campuran pelbagai etnisiti di negeri ini.
                Istimewanya,  pelbagai  etnik  termasuk  kaum  majoriti  Sabah  iaitu  Kadazan,  Dusun,  Murut,  Rungus,
                Bajau,  Kagayan,  Bisaya,  Melayu,  Cina  merupakan  warna  kebudayaan  yang  unik  mewarnai  negeri
                Sabah  (Borneo  Utara).  Salah  satu  alat  muzik  tradisional  yang  popular  di  Sabah  ialah  Sundatang.  Ia
                yang  merupakan  alat  muzik  tradisional  suku  kaum  yang  mendiami  utara  kepulauan  Borneo  ini.  Tiga
                perkara penting kepada pembudayaan : (1) Membiasakan pelajar dengan alat muzik tradisional Sun-
                datang  dengan  budaya  suku  kaum  di  Sabah  sehingga  mereka  mengkagumi  alat  muzik  tersebut.
                (2)  Mendorong  mereka  untuk  belajar  bermain  dengan  kreatif  alat  muzik  Sundatang  dalam  kalangan
                komuniti mereka. (3) Mereka belajar membuat alat muzik tradisional Sundatang dengan inovasi pembu-
                atan moden dengan mengekalkan keaslian reka bentuk dan bunyinya.

                Kata Kunci ; Sundatang, Inovasi Pembuatan Moden, Borneo Utara, Nilai Seni
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26