Page 26 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 26

ANALISIS SEMANTIK LEKSIKAL DIMENSI ‘KEKUATAN’ DAN ‘KELEMAHAN’ DALAM
                       PENULISAN REFLEKSI RPH PELAJAR PENGKHUSUSAN BM PRAKTIKUM FASA 1
                                                    AMBILAN JUN 2018

                                        Effendy bin Yusuff¹ (ffendyyusuff5795@gmail.com)
                                               Simon Gihol² (sgihol@gmail.com)
                                      Madlaim bin Ejib @ Ejim³ (Madlaim.2020@gmail.com)

                                                         ABSTRAK

                 Kajian ini dijalankan untuk melihat penggunaan leksikal yang mencitrakan demensi   ‘kekuatan’ dan
                 ‘kelemahan’ dalam penulisan refleksi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) pelajar Program Ijazah
                 Sarjana  muda  Perguruan  (PISMP)  pengkhususan  Bahasa  Melayu  Ambilan  Jun  2018  semasa
                 menjalani Praktikum Fasa 1. Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk analisis dokumen dan
                 temu bual. Subjek kajian terdiri daripada 10 orang pelajar pengkhususan Bahasa Melayu yang telah
                 menjalani praktikum pada bulan Februari  hingga Mei 2021. Data  yang  dikutip  adalah  berdasarkan
                 refleksi  penulisan  RPH,  iaitu  sebanyak  360  refleksi  RPH  dan  temu  bual  dengan  subjek  kajian.
                 Analisis  semantik  digunakan  untuk  melihat  penggunaan  leksis  yang  memanifestasikan  makna
                 “kekuatan”  dan  “kelemahan”.  Pendekatan  semantik  leksikal  berupaya  memerihalkan  gelagat
                 semantik   leksikal   yang   mewakili   demensi   “kekuatan”   dan   “kelemahan.”   Seterusnya
                 menyelogkar   makna  yang  menggambarkan  konsep  kedua-dua  demensi  tersebut  sama  ada  telah
                 berlaku  perluasan,  penyempitan  mahupun  perubahan  makna  asal.  Dapatan  kajian  menunjukkan
                 bahawa  beberapa  leksis  yang  sering  digunakan  untuk  mencerminkan  demensi  ‘kekuatan’  adalah
                 seperti  dapat,  keterujaan,  mengembangkan,  dan  baik, manakala  untuk  demensi  “kelemahan”  pula
                 ialah tidak, masih, kurang, memerlukan, agak dan perlahan. Pendeskripsian yang dilakukan diharap
                 dapat menjelaskan bentuk, jenis serta fungsi kewujudan leksikal.

                 Kata kunci:    semantik leksikal, refleksi, Rancangan Pengajaran Harian
   21   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31