Page 23 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 23

KESEDIAAN GURU PELATIH KOLEJ VOKASIONAL MENJALANI PRAKTIKUM DALAM TEMPOH
                           PANDEMIK COVID-19 DI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

                                                          1
                                      Bawani A/P Sincaroo  (bawani.sincaroo@ipgm.edu.my)
                                                                ²
                                 Tharshini Nair A/P Balakrishnan  (tharshini_tharshu@yahoo.com)
                                         Institusi Pendidikan Guru Kampus Keningau, SABAH.

                                                         ABSTRAK

                Penutupan  universiti  dan  sekolah  di  Malaysia,  disebabkan  oleh  pandemik  Covid-19,  berlaku  ketika
                ramai guru pelatih memulakan praktikum terakhir mereka. Penyelidikan ini memberi tumpuan kepada
                cabaran  yang  dihadapi  oleh  guru  pelatih  PDPP  opsyen  Matematik  Amb  Jun  2020  yang  menjalani
                praktikum  dalam  tempoh  pandemik  Covid-19.  Guru  pelatih  yang  difokuskan  dalam kajian  ini  adalah
                yang berpraktikum di beberapa kolej vokasional di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan. Dengan
                menggunakan kaedah dan konsep penyelidikan kualitatif dari segi tempat dan keadaan yang berbeza,
                kajian ini meneroka bagaimana guru pelatih dapat  menyesuaikan diri dengan pedagogi baru semasa
                praktikum  yang  mengalihkan  komuniti  pembelajaran  ke  alam  “dalam  talian”.  Perubahan  amalan
                pengajaran  dan  pembelajaran  dalam  masa  yang  singkat,  guru  pelatih  menunjukkan  'kemahiran
                pedagogi alam maya yang terbaik. Walaupun amalan yang ditetapkan berubah dengan cepat, tetapi
                prinsip  dan  niat  latihan  praktikum  tetap  tidak  berubah,  begitu  juga  dengan  nilai-nilai  orientasi  guru
                pelatih.  Secara  keseluruhan,  terdapat  rasa  kesamaan  dan  perbezaan  dalam  beberapa  pedagogi
                inovatif yang dikembangkan di peringkat sekolah. Penyelidikan ini relevan dengan keadaan semasa di
                mana pendidikan guru yang autentik dapat wujudkan dengan pedagogi dan teknologi alternatif untuk
                menyokong pembelajaran profesional walaupun tiada lagi senario praktikum.

                Kata kunci:    Pandemik Covid-19, Praktikum,Kesediaan.




                .
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28