Page 27 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 27

PENGAJARAN KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU BERASASKAN  PENGETAHUAN
                                                     SEDIA ADA MURID

                                    Maria binti Tahir, PhD¹   (maria09-43@epembelajaran.edu.my)
                                   Nurlyana Binti Ezani ² (nurlyana09-602@epembelajaran.edu.my)
                                           Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
                                                Lembah Pantai, KUALA LUMPUR.

                                                         ABSTRAK
                 Kajian  ini  bertujuan  untuk  mengenal  pasti  pengetahuan  guru  dalam  mengambil  kira      aspek

                pengetahuan sedia ada murid semasa PdP kemahiran lisan bahasa Melayu  di   SJKC. Reka bentuk
                kajian  ini  merupakan  kajian  kualitatif  dengan  menggunakan   kaedah  kajian  kes.  Pemilihan  peserta


                kajian adalah secara persampelan bertujuan   yang melibatkan tiga orang guru bahasa Melayu  yang

                mengajar murid tahap satu di   SJKC  Kuen Cheng 2. Pengumpulan  data kajian ini  diperoleh melalui
                transkripsi  temu      bual,  senarai  semak  pemerhatian  dan  analisis  dokumen  seperti  rancangan
                pengajaran harian guru dan refleksi pengajaran guru. Penganalisisan data dilakukan   secara analisis

                tematik  iaitu  meneliti  tema  dan  subtema  bagi  menjawab  persoalan   kajian.  Data  juga  dianalisis

                menggunakan perisian Nvivo12. Dapatan kajian  membuktikan bahawa guru-guru memilih aktiviti yang
                bertepatan  dengan      pengetahuan  sedia  ada  murid  (PSA)  sebagai  persediaan  awal  kepada
                pembelajaran   berikutnya.  Kajian  juga  menjelaskan  bahawa  guru-guru  telah  menggunakan  aktiviti

                yang  bertepatan  dengan  PSA  murid  bagi  tujuan  menambahkan  keinginan  murid  terhadap

                pembelajaran.  Tambahan  lagi,  guru-guru  juga  telah  menjadikan  ciri-ciri   murid  sebagai  kayu  ukur

                kepada pemilihan aktiviti yang sesuai dengan PSA murid   yang berbeza-beza. PSA murid juga perlu
                diambil  cakna  dengan  memilih  tajuk   pelajaran  yang  berkaitan  dengan  lingkungan  kanak-kanak  dan

                disukai  oleh  murid.      Proses  uji  cuba  dan  meluangkan  masa  yang  lebih  bersama  murid  telah
                membantu  responden mengetahui PSA murid dalam sesuatu topik dan tema pelajaran. Oleh itu,  guru-

                guru bahasa Melayu perlu mengenal pasti PSA murid bagi meningkatkan   pemahaman murid dalam
                PdP kemahiran lisan bahasa Melayu.
                 Kata Kunci:    Pengetahuan sedia ada, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu,
                               kemahiran lisan.
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32