Page 29 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 29
HURUF “e” DALAM BAHASA BUNDU LIWAN
Mosirin bin Nosin (musirin@ums.edu.my)
Fakulti Psikologi dan Pendidikan
Universiti Malaysia Sabah.
ABSTRAK
Meneliti kewujudan huruf “e” dalam bahasa Bundu Liwan, iaitu bahasa piawai bagi Bahasa
Kadazandusun di sekolah sejak tahun1997. Signifikannya kajian ini dilakukakn kerana dalam
pengajaran Bahasa Kadazandusindi sekolah, huruf “e” ini tidak disebut sebagai aksara asli bagi
bahasa ini, sebaliknya hanya disenaraikan sebagai huruf pinjaman daripada baahsa lain (Puralan
Boros). Sehubungan itu, pengkaji melaksanakan penelitian dengan menggunakan pendekatan
kualitatif serta menganalisis korpus pertuturan yang dipetik dalam ayat lengkap masyarakat di sekitar
daerah Ranau. Petikan ini dicerna secara manual, yakni dengan mendengar sebutan perkataan pada
ayat-ayat yang dituturkan oleh masyarakat penutur Bundu Liwan dan disusul dengan penulisan.
Berdasarkan analisis, didapati bahawa huruf “e” pepet dan “e” taling ini sangat ketara dalam sebutan
masyarakat penutur asli Bundu Liwan. Rumusannya, huruf “e” ini amat signifikan disenaraikan sebagai
huruf asli dalam BKD memandangkan masyarakat penutur yang menuturkan huruf-huruf berkaitan
adalah masyarakat Bundu Liwan yang menjadi “pemunya” bahasa piawai yang digunakan di sekolah
pada masa kini.
Kata kunci: Huruf “e”, Bahasa, Bundu Liwan
REPRESENTASI ARGUMEN GERAK RUANG
BERSIFAT ARAH DALAM DIALEK PERAK UTARA
BERDASARKAN TEORI STRUKTUR KONSEPTUAL
Dr Nurul Jamilah binti Rosly (nuruljamilah@iium.edu.my )
ABSTRAK
Gerak difahami sebagai perubahan dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain. Kajian ini tertumpu pada
penggunaan leksikal gerak ruang bersifat arah dalam dialek Perak Utara. Pengumpulan data dibuat
menerusi kajian lapangan di Kampung Denisstown sebuah kawasan dalam daerah Kerian.
Penganalisisan data menggunakan teori Struktur Konseptual oleh Ray Jackendoff (1997 & 2011).
Pemetaan argumen ini merangkumi empat tatatingkat utama, iaitu pemetaan kepada representasi
struktur fonologi, representasi struktur konseptual, pemetaan kepada rajah pohon struktur konseptual
dan pemetaan kepada peranan tematik serta hubungan struktur konseptual ini kepada peringkat
struktur sintaksis. Hasil dapatan menunjukkan, kehadiran gerak ruang hadir dalam fungsi [Peristiwa]
yang membawa rumus asas [[[Gerak [X[ Y]]. Analisis juga menunjukkan leksikal [pi], [mai], [baləʔ]
[keluaʔ] dan [mutΣui] yang mempunyai pemetaan representasi argumen yang tersendiri dan
melibatkan konstituen seperti [Benda] [Masa], [Situasi], [objek rujukan] dan [hala]. Bagi peringkat
pemetaan dalam peranan tematik, menunjukkan terdapat 5 item yang terlibat iaitu peranan Aktor,
Matlamat, Objek Rujukan, Lokasi dan Penerima (+). Pemetaan kepada struktur sintaksis menunjukkan
membentuk realiasisi utama iaitu Frasa Nama yang menjadi subset kepada Frasa Kerja, Frasa Sendi
Nama dan Frasa Keterangan. Sehubungan dengan itu, kajian ini telah menunjukkan pemetaan teori
struktur konseptual ini dapat dihubungkan secara lengkap dan menyeluruh berdasarkan hubungan
kepada representasi struktur fonologi, representasi struktur konseptual dan representasi struktur
sintaksis secara sistematik dan berpada khususnya dalam gerak ruang bersifat arah dalam dialek
Perak Utara.
Kata kunci: dielak Perak Utara, gerak ruang, konstituen, argumen, struktur konseptual dan tematik