Page 31 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 31
MAGIS BAHASA DALAM AMALAN MANTERA DARI SUDUT PERAWATAN
TRADISIONAL MASYARAKAT MELAYU
Dr. Fatimah Ibrahim¹ (fatimah@ipgmipoh.edu.my)
Noor Liza Abdullah² (noorliza@ipgmipoh.edu.my)
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, PERAK DARUL RIDZUAN
ABSTRAK
Masyarakat Melayu sejak dahulu lagi seringkali menggunakan mantera sebagai satu ikhtiar bagi
tujuan perawatan secara tradisional. Amalan mantera ini seiring dengan fahaman animisme yang
wujud dalam budaya Melayu. Kajian ini bertujuan untuk menelusuri aspek bahasa yang digunakan
dalam mantera bagi perawatan tradisional sebagai satu terapi pemulihan. Kajian berbentuk kualitatif
ini menggunakan kaedah kepustakaan dan kajian lapangan bagi memperoleh data. Temu bual
dilakukan dengan dua orang informan di negeri Perak berserta dengan kaedah pemerhatian. Aspek
bahasa dalam mantera dianalisis berdasarkan teori psikolinguistik dan pendekatan struktural. Hasil
kajian menunjukkan bahawa penggunaan bahasa dalam mantera boleh mempengaruhi perlakuan
serta psikologi pemikiran perawat dan orang yang dirawat. Penggunaan kata-kata yang berulang-
ulang dalam mantera dapat merangsang deria rasa dan deria dengar kepada orang yang dirawat.
Magis bahasa dalam mantera dapat dihubungkaitkan dengan kuasa untuk mempengaruhi dan
mengubah emosi serta diasosiasikan dengan perawatan penyembuhan jiwa dalam masyarakat Me-
layu.
Kata kunci: bahasa, mantera, perawatan tradisional, masyarakat Melayu
KEBERKESANAN e-BINA INSAN GURU DALAM KALANGAN PELAJAR PROGRAM
DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN AMBILAN JUN 2020
1
Dr. Jeromie bin Jolly (jeromie99@gmail.com)
2
Doti bin Asing (doti.asing@ipgm.edu.my)
3
Jais bin Siarus (jais.siarus@ipgm.edu.my)
4
George bin Arimput (george.arimput@ipgm.edu.my)
5
Amjah bin Yunus (dramajah@yahoo.com)
6
Victor P.L Salanggang (vpskent@yahoo.com)
7
Haidatullalila binti Khalid (haidatul70@gmail.com)
8
Richard Kajim (richard.kajim@ipgm.edu.my)
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, SABAH.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan e-Bina Insan Guru (BIG) dalam kalangan Pelajar
Program Diploma Pascasiswa Pendidikan (PDPP) ambilan 2020. Seramai 112 orang pelajar yang
menjadi sampel kajian ini yang telah mengikuti e-Bina Insan Guru selama 5 hari. Data dikutip
dengan menggunakan set soal selidik secara atas talian. Data kajian dianalisis menggunakan SPSS
Versi 21. Hasil dapatan kajian menunjukkan e-Bina Insan guru ini telah menunjukkan dapatan yang
positif. Di samping itu, dapatan kajian tahap kemahiran pembelajaran digital pelajar PDPP
menunjukkan tahap tinggi walaupun tahap pencapaian internet pelajar berada dalam tahap yang
sederhana. Namun demikian secara keseluruhannya e-Bina Insan Guru yang telah dibangunkan
telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan memenuhi keperluan kursus Bina Insan Guru
yang telah ditetapkan.
Kata Kunci: e-Bina Insan Guru, Tahap keberkesanan, Tahap Kemahiran Pembelajaran Digital,
Tahap pencapaian internet, Pelajar PDPP ambilan Jun 2020