Page 36 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 36

IMBUHAN AWALAN KATA KERJA /NI-/ BAHASA BAJAU SEMPORNA
                                         Mohd Afis bin Ismail (mohdafis1993@gmail.com)
                                              Pusat Penataran Ilmu & Bahasa (PPIB)
                                                 Universiti Malaysia Sabah, 88000
                                                     Kota Kinabalu, Sabah

                                                         ABSTRAK

                 Imbuhan awalan kata kerja merupakan elemen yang penting dalam sesuatu bahasa. Kertas kerja ini
                 diusahakan untuk membincangkan aspek imbuhan awalan kata kerja /ni-/ bahasa Bajau Semporna.
                 Rentetan  daripada  kepelbagaian  variasi  pertuturan  bahasa  ini,  maka  tumpuan  perbincangan  diberi
                 kepada  kelompok  penutur  di  kampung  Tabak-Tabak  kerana  diandaikan  bahawa  penutur  bahasa
                 Bajau di kampung ini tidak dipengaruhi oleh bahasa Melayu. Data bahasa dianalisis berasaskan kata
                 asas, rumus dan penggunaan ayat mudah yang menggunakan imbuhan awalan kata kerja. Kertas ini
                 dibentang  memfokuskan  dan  menghuraikan  proses  pembentukan  imbuhan  awalan  kata  kerja  /ni-/
                 bertujuan untuk mendalami pemahaman terhadap  penggunaannya.  Kajian  ini dilaksanakan dengan
                 mengaplikasikan kaedah kualitatif, yakni data yang dirakam, ditranskripsi dan dianalisis untuk proses
                 pengenalpastian imbuhan ini. Data diperoleh melalui temu bual tidak berfokus melibatkan seramai 5
                 responden  telah  ditemu  bual  yang  mengambil  masa  selama  satu  bulan.  Hasil  analisis  mendapati
                 bahawa  pembentukan  kata  kerja  terbitan  dapat  dilihat  menerusi  proses  pengimbuhan  dan  dalam
                 kertas  ini  difokuskan  kepada  imbuhan  /ni-/  sahaja.  Memandangkan  kurangnya  kajian  terhadap
                 pembentukan imbuhan kata kerja, maka lanjutan kajian ini perlu dilaksanakan agar para pendukung
                 bahasa ini mengetahui keunikan yang terdapat dalam bahasa yang mereka tuturkan.

                 Kata Kunci:    Bahasa Bajau Semporna; Dialek Bajau; Imbuhan Awalan Kata Kerja;
                               Bajau Semporna


                        DIALEK MELAYU SARAWAK : PERBANDINGAN SERTA PINJAMAN DARIPADA
                                                       BAHASA ARAB
                                                       1
                                        Musliha Ismail (musliha.ismail@ipgmktar.edu.my)
                                                         2
                                 Nik Zul Azhar Nik Hassan   (nikzulazhar.hassan@ipgmktar.edu.my)
                                     IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, SARAWAK.


                                                        ABSTRAK

                 Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keunikan dialek Melayu Sarawak dan perbandingan dengan
                 bahasa  Melayu  standard  serta  perkataan  pinjaman  daripada  bahasa  Arab.  Kajian  ini  merupakan
                 kajian kualitatif dengan menggunapakai kaedah temubual dan analisis dokumen untuk mengutip data.
                 Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa persamaan dan perbezaan yang didapati antara
                 dialek Melayu Sarawak yang digunakan di kampung-kampung yang terpilih ini. Antara perkataan yang
                 dikenalpasti adalah lugey, bulu mansu, bah ketan, tigak, selap, puang, singan-singan, merenas, tapuk
                 dan lain-lain lagi. Selain itu, perkataan  daripada pinjaman  bahasa Arab, dapat diperhatikan daripada
                 sudut pemberian nama kepada individu seperti Aminah, Hamzah dan pengekalan istilah-istilah dalam
                 ibadat seperti rukuk,sujud,tahiyyat,syukur, zakat dan lain-lain lagi.

                 Kata Kunci:    dialek, perbandingan, pinjaman
   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41