Page 38 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 38
ETIKA DALAM PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI DI MALAYSIA
Nadia binti Abdul Salleh (nadiaabdulsalleh@yahoo.com)
Universiti Malaysia Sabah. MALAYSIA.
ABSTRAK
Kajian etika dalam perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia ini dijalankan bagi mengkaji pematuhan
perkhidmatan telekomunikasi U Mobile terhadap Kod Amalan Periklanan Malaysia. Syarikat U Mobile
membezakan produk mereka dengan produk pesaing menggunakan iklan Telcolympics 100m Data
Lelaki yang mana iklan ini telah mengetepikan beberapa Kod Amalan Periklanan Malaysia.
Metodologi kajian yang digunakan adalah berbentuk kualitatif di mana pengkaji menggunakan teknik
analisis kandungan. Iklan Telcolympics 100m Data Lelaki di analisis menggunakan kod amalan
pengiklanan Malaysia. Selain itu, kajian ini turut memperlihatkan perkaitan teori interaksi simbolik
dengan iklan yang ditayangkan oleh pihak U Mobile. Secara ringkasnya, terdapat lapan kod daripada
sepuluh yang di patuhi sepenuhnya oleh pengiklan dalam iklan ini. Secara keseluruhannya,
pematuhan pengiklan terhadap kod ini menunjukkan bahawa pengiklan mengambil berat dengan
perkara berkaitan etika dalam pengiklanan. Walaupun terdapat beberapa kod yang tidak di patuhi dan
separuh sahaja dipatuhi, namun jumlah etika yang di patuhi adalah lebih banyak berbanding perkara
tersebut.
Kata Kunci: Telekomunikasi, Iklan, Etika, Teori Interaksi Simbolik, Analisis Kandungan
TAHAP PENGGUNAAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21 (PAK-21) DALAM PENGAJARAN GURU
BAHASA MELAYU
Nailil Huda binti Mohd Zaid¹ (nailil09-937@epembelajaran.edu.my)
Patarai bin Cholen² (patarai@ipgkbm.edu.my)
Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, KUALA LUMPUR.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap penggunaan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) dalam
pengajaran guru Bahasa Melayu. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan data dikumpul
menggunakan borang instrumen soal selidik yang mengandungi dua bahagian. Bahagian A
mengandungi 3 item iaitu berkaitan demografi. Bahagian B pula mengandungi 30 item yang terdiri
daripada enam elemen iaitu kreativiti, pemikiran kritis, kolaborarif, komunikasi, perwatakkan dan
kenegaraan. Kajian ini melibatkan seramai 45 orang guru Bahasa Melayu yang mengajar di sepuluh
buah sekolah zon Sentul. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan statistik deskriptif melalui
perisian Statistical Package for the Sosial Science (SPSS) versi 26.0. Statistik deskriptif melibatkan
pengukuran kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai bagi menganalisis dapatan kajian tahap
penggunaan Pak-21 dalam kalangan guru Bahasa Melayu dan kekangan pelaksanaan PAK-21 yang
dihadapi oleh guru Bahasa Melayu sekolah rendah. Secara keseluruhannya, analisis deskriptif
menunjukkan nilai purata bagi tahap penggunaan PAK-21 dalam kalangan guru Bahasa Melayu
(min=4.33).
Kata kunci: PAK-21, elemen 6C, tahap penggunaan, Pengajaran dan pembelajaran