Page 43 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 43

PERKEMBANGAN NOVEL SABAH: KAJIAN TIGA PENGARANG
                             Norhanani Nazurah binti Maisin  (709-27-norhanani@epembelajaran.edu.my)
                                                   PDPP BM Ambilan Jun 2021
                                         Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, SABAH
                                                         ABSTRAK

                Kesusasteraan Melayu moden untuk sekian lama bertapak di Sabah sebelum mencapai kemerdekaan-
                lagi. Namun pertumbuhannya agak tidak memberangsangkan sehinggalah munculnya gerakan seperti
                penggiatsastera  dari  Semenanjung,  persatuan-persatuan  penulis,  peluang  pendidikan,  pertambahan
                institusi  penerbitan,  institusi  persuratkhabaran  yang  membantu  perkembangannya.  Sehubungan  itu,
                kajian  ini  memfokuskan  perjalanan  perkembangan  genre  novel  secara  umum  serta  kecenderungan
                penulis  Sabah  bermula  dekad  80-an  sehingga  perkembangan  mutakhir.  Kajian  ini  menggunakan
                pendekatan  formalistikiaitu  dengan  mengkaji  sudut  pembinaan  sesebuah  karya  seperti  tema  dan
                persoalan serta watak dan perwatakan. Seterusnya dapat dilihat secara umum kecenderungan penulis
                Sabah tahun-tahun1980-an bersifat tradisi dan mengangkat perkara yang bersifat mikro menerusi tema
                kemasyarakatan  seperti  karya  Amil  Jaya  yang  bertajuk  Bagaton  (1988).  Manakala  kecenderungan
                penulis  tahun-tahun  1990-an  mengalami  transisi  daripada  tradisi  kepada  global.  Penulis  yang  dilihat
                cenderung mengangkat tema global ialah Azmah Nordin melalui karyanya Menongkah Lumrah (1996)
                yang mengangkat konflik digital dan konflik media. Kecenderungan penulis tahun-tahun mutakhir pula
                mengangkat tema yang lebih terkini seperti karya Ruhaini Matdarin iaitu Trivia (2015) yang mempunyai
                garapan cerita dan watak daripada novel-novel besar dunia dan tempatan. Peralihan kecenderungan
                para  Sabah  ini  rata-rata  dipengaruhi  oleh  tiga  prinsip  utama  dalam  bidang  sastera  iaitu  bangsa,
                persekitaran  dan  masa.  Kajian  ini  mendapati,  penulis-penulis  yang  mewakili  perkembangan  awal
                kesusasteraan  Melayu  moden  Sabah  dalam  genre  novel  bermula  dekad  80-an  sehingga  mutakhir
                membawa kecenderungan yang bersifat tradisi seterusnya mengalami transisi daripada tradisi kepada
                global.  Faktor  transisi  ini  ialah  disebabkan  peluang  pendidikan,  pertumbuhan  ekonomi,  peningkatan
                teknologi moden serta dukungan kerajaan dan swasta. Secara tidaklangsung, kecenderungan penulis
                berubah mengikut keadaan semasa agar persoalan utama yang disuguhkan oleh pengarang bersifat
                sofistikated dan terkehadapan.
                Kata Kunci:    Penulis Sabah, Kecenderungan, Pendekatan Formalistik, Perkembangan
                              genre novel

                   ‘BAJU BODO’ TRADISI ADAT PERKAHWINAN SUKU KAUM BUGIS DI SANDAKAN, SABAH.
                                 Norlinah binti Aminodin (714-27-norlinah@epembelajaran.edu.my)
                                                SK.Tangkarason, Beluran, SABAH

                                                         ABSTRAK
                Penulisan  ini  mengenai  tradisi  ‘baju  bodo’  perkahwinan  suku  kaum  bugis  yang  masih  mengekalkan
                adat budaya mereka. Masyarakat Bugis menjadikan adat tradisi penggunaan ‘baju bodo’ ini disebabkan
                keunikan yang ada pada baju tersebut sehinggakan dalam upacara perkahwinan mereka mewajibkan
                penggunaan ‘baju bodo’ tersebut. Objektif  kajian ini untuk mengenalpasti sejauh manakah penggunaan
                baju  bodo’  ini  masih  dikekalkan  sehingga  kini  dalam  upacara  perkahwinan  masyarakat  Bugis.
                Metodologi  kajian  ini  menggunakan  pendekatan  etnografi  iaitu  terdapat  kajian  lapangan  yang  terdiri
                daripada peninjauan kawasan penempatan masyarakat Bugis. Dalam waktu yang sama menggunakan
                kaedah temubual secara berfokus dalam mengutip data-data yang sesuai dengan kajian ini. Kaedah ini
                memakan masa selama seminggu ke atas keempat-empat informan. Bagi menyokong kajian lapangan,
                kajian  perpustakaan  turut  dilakukan  dengan  meneliti  bahan-bahan  bercetak  seperti  buku,  jurnal  dan
                kajian  ilmiah  yang  berkaitan  dengan  penyelidikan  ini.  Bahan-bahan  yang  dikutip  dan  kumpul melalui
                analisis kandungan teks, wacana dan bacaan rapi untuk memperolehi data-data yang berkaitan. Kajian
                ini  menggunakan  pendekatan  konsep  kebudayaan  sebagai  garis  panduan  dalam  perbincangan
                penulisan ini. Justeru itu, kajian ini diharap dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai tradi-
                si  ‘baju  bodo’  suku  kaum  Bugis.  Hasil  daripada  kajian  ini  dapat  memberikan  sumbangan  kepada
                masyarakat lain tentang maklumat kajian masyarakat Bugis.
   38   39   40   41   42   43   44   45   46   47   48