Page 40 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 40

SEMANTIK MERONIM BAHASA MELAYU DAN BAHASA ARAB :
                                          SATU KAJIAN PERBANDINGAN BAHASA

                                                           1
                               Nik Zul Azhar Bin Nik Hassan  (nikzulazhar.hassan@ipgmktar.edu.my)
                                                         2
                                      Musliha Binti Ismail  (musliha.ismail@ipgmktar.edu.my)

                                     IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, SARAWAK.

                                                         ABSTRAK
                   Bahasa merupakan satu alat komunikasi untuk berhubung dalam sesebuah masyarakat. Setiap
                   bahasa mempunyai keistimewaannya tersendiri yang terdiri daripada semantik, sintaksis, morfolo-
                   gi dan fonologi. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa dari rumpun austranesia  dalam
                   keluarga Nusantara.  Manakala bahasa Arab pula dari rumpun afroasia dalam keluarga bahasa
                   Semit.  Oleh  kerana  rumpun  bahasa  bagi  kedua-dua  bahasa  ini  berbeza,  maka  terdapat
                   perbezaan pembinaan struktur bahasa tersebut selain terdapat juga persamaannya. Justeru itu,
                   satu  penelitian  dilaksanakan  bagi  melihat  persamaan  dan  perbezaan  dalam  konteks  semantik
                   meronim  bahasa  Melayu  dan                bahasa  Arab.  Penelitian  ini  berbentuk  kajian  kualitatif
                   menggunakan pendekatan tinjauan literatur. Dapatan kajian ini akan memberi kefahaman yang
                   mendalam  berkaitan  struktur  semantik  meronim  bahasa  Melayu  dan  bahasa  Arab  serta  dapat
                   memudahkan pembelajaran bahasa Arab sebagai     bahasa kedua.

                   Kata kunci:    Meronim, Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Perbandingan Bahasa, Kajian Bahasa



                          KAEDAH DAN CABARAN PELAKSANAAN  PENTAKSIRAN DALAM TALIAN
                                   Nirwana Sudirman¹  (309-27-nirwana@e-pembelajaran.edu.my)
                                        Raini Jusa²  (313-27-raini@epembelajaran.edu.my)
                                   Dr.Hanifah binti Sabin³  (hanifah27-17@epembelajaran.edu.my)

                                           Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

                                                        ABSTRAK

                   Dalam  tempoh  sekatan  pergerakan  akibat  COVID-19  telah  membawa  norma  baharu  kepada
                   proses  Pengajaran  dan  Pembelajaran  di  Malaysia  yang  sebelum  ini  lebih  tertumpu  kepada
                   pembelajaran  bersemuka  kepada  e-pembelajaran  atas  talian.  Timbul  persoalan  bagaimana
                   pentaksiran  dapat  dijalankan  bagi  memenuhi  aspirasi  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan  (FPK).
                   Pelaksanaan  penilaian  dalam  talian  ternyata  bukanlah  sesuatu  yang  mudah  malahan
                   mengundang keresahan kepada para pelajar, para pendidik malahan institusi pendidikan kerana
                   pelbagai  aspek  perlu  diambil  kira  termasuklah  memastikan  pentaksiran  yang  dijalankan  benar-
                   benar autentik dan dapat menilai keupayaan sebenar para pelajar. Objektif kajian ini adalah untuk
                   mengenal pasti cabaran-cabaran yang dihadapi semasa melaksanakan pentaksiran dalam talian
                   serta  mengenal  pasti  pelaksanaan  pentaksiran  yang  lebih  berkesan.  Data  kajian  dikumpulkan
                   melalui  satu  set  soal  selidik  yang  diedarkan  melalui  aplikasi  “google  form”.  Responden  kajian
                   terdiri daripada 30 orang guru di Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD). Dapatan kajian dianalisis
                   menggunakan analisis deskriptif. Pengkaji mendapati cabaran melaksanakan pentaksiran dalam
                   talian  antaranya  capaian  internet  pelajar  terhad,  ketiadaan  peranti,  serta  persediaan  guru  turut
                   dituntut  dalam  mendepani  isu  pentaksiran.  Walaupun  terdapat  pelbagai  hambatan,  kaedah
                   pentaksiran holistik diharapkan dapat membendung cabaran-cabaran yang dihadapi serta dapat
                   menjadi alternatif untuk melaksanakan pentaksiran yang autentik.

                   Kata Kunci:    kaedah dan cabaran,  pentaksiran dalam talian
   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44   45