Page 37 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 37

TEATER “TERDAMPAR” KARYA ASAL, SLAWOMIR MROZEK MEMPUNYAI UNSUR-UNSUR
                                 KRITIKAN SOSIAL DALAM KONTEKS POLITIK DI MALAYSIa

                                  Muhd. Hadhari bin Atong (702-27-muhd@epembelajaran.edu.my)
                                             Sekolah Kebangsaan Sungai-Sungai,
                                             Peti Surat 27, 90107 Beluran, SABAH.

                                                         ABSTRAK
                Pembangunan  pentas  kritikan  sosial  melalui  pementasan  teater  di  Malaysia  kian  berkembang  pesat.
                Kecenderungan  untuk  penulis  skrip  teater  mengetengahkan  unsur-unsur  kritikan  semakin  giat
                dilaksanakan.  Kertas  kerja  ini  diusahakan  membincangkan  kupasan  unsur-unsur  instrinsik  yang
                terdapat pada naskah teater "Out Of The Sea" karya Slawomir Mrozek dan diadaptasi kepada teater
                "Terdampar"  oleh  A.  Kasim  Ahmad.  Idea  penghasilan  teater  ini  mengandungi  intipati  tersirat
                berkonsepkan  kritikan  mengenai  situasi  politik  semasa  di  Malaysia.  Melalui  pendekatan  kualitatif,
                "Terdampar" pada umumnya kaya dengan unsur kritikan melalui susunan dialog dan monolog yang ada
                pada  naskah  ini.  Menerusi  watak  utama  dalam  teater  iaitu  Gendut  yang  menampilkan  perwatakan
                seorang  yang  antagonis  yang  bersikap  menominasi,  yang  mana  jika  dilihat  dari  segi  karya  ini  yang
                mempunyai  unsur-unsur  penindasan  kerana  berlakunya  sistem  kasta.  Hasil  olahan  dialog  yang
                mengaburi  mata  penonton  menimbulkan  pelbagai  konspirasi  dan  tanda  tanya  apabila  meninggalkan
                dewan  pementasan.  Penghasilan  kertas  kerja  ini  meneliti  watak  dan  perwatakan  yang  mengandungi
                unsur-unsur kritikan sosial dalam konteks politik Malaysia.

                Kata Kunci:   Teater Eksperimental, Kritikan Sosial, Teater, Teater Terdampar, Unsur Interinsik,
                              watak dan perwatakan.


                                 LAKUAN TUTURAN ARAHAN DALAM CERAMAH MOTIVASI

                                  Mohd Najib Bin Mohidu Kunyalee¹  (mnajibmohidu@gmail.com)
                                    Prof Madya Dr. Indirawati Zahid²  (indirawati@um.edu.my)

                                           Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya

                                                         ABSTRAK
                Teori lakuan tuturan yang dipelopori oleh Bach dan Harninsh(1979) telah banyak diguna pakai dalam
                kajian  lakuan  ilokusi  terhadap  pelbagai  jenis  ucapan  mahupun  teks.  Lakuan  ilokusi  merupakan
                perlakuan  niat  pengucapan  yang  terdapat  dalam  sesuatu  ujaran.  Analisis  yang  dilakukan  ini  akan
                memperlihatkan aplikasi teori lakuan tuturan kategori arahan yang diaplikasi oleh tokoh motivator yang
                dirujuk, iaitu Fadzilah Kamsah.  Tokoh ini telah memberikan ceramah motivasi kepada ahli Kumpulan
                Wang  Persaraan  (KWAP)  dalam  menghadapi  situasi  semasa,  iaitu  pandemik  Covid-19.  Ceramah  ini
                telah dimuat naik pada laman sesawang YouTube.  Analisis yang dilakukan berfokus pada dua topik
                kandungan  ceramah,  iaitu  ‘menjadi  baik’  dan  ‘menjadi  cemerlang’.  Kategori  arahan  dalam  teori  ini
                mempunyai  enam  subkategori,    iaitu  permintaan,  pertanyaan,  keperluan,  larangan,  permisif  dan
                penasihatan. Analisis mengaplikasikan kaedah kajian kualitatif yang mencakupi muat turun, transkrip,
                ulang  dengar  dan  analisis  teks  selain  kaedah  kuantitif.  Analisis  ini  mempunyai  dua  objektif,  iaitu
                mengenal  pasti  jenis  lakuan  tuturan  yang  digunakan  dalam  ceramah  motivasi  dan  menganalisis
                kecenderungan jenis lakuan tuturan dalam ceramah motivasi. Dapatan tentatif analisis yang dilakukan
                memperlihatkan  motivator  cenderung  mengaplikasi  subkategori  penasihatan  kerana  ia  berfungsi
                sebagai  petunjuk  yang  menunjukkan  kepada  pekerja  apa  yang  perlu  mereka  lakukan  dan  memberi
                mereka  keyakinan  untuk  mencapai  matlamat  menjadi  pekerja  cemerlang  atau  pekerja  yang  baik
                manakala subkategori  yang kurang diaplikasi ialah  larangan kerana pekerja  yang mengejar matlamat
                kerja  yang  berorientasikan  larangan  dilaporkan  akan  menghadapi  tekanan  mental  yang  lebih  besar
                (Johnson et al., 2013). Sehubungan dengan itu, penemuan ini juga secara tentatif telah memperlihatkan
                lakuan ilokusi yang digunakan motivator bukan hanya untuk meyakinkan pendengar untuk melakukan
                penambahbaikan  kendiri  tetapi  juga  cuba  mengelakkan  daripada  menggunakan  lakuan  ilokusi  yang
                akan memberi tekanan kepada pekerja untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik dan lebih cemerlang.

                Kata kunci:    lakuan tuturan, ilokusi, arahan, ceramah motivasi, motivator
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42