Page 39 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 39

PENDEKATAN DIRI PEMIMPIN PELAJAR FAKULTI KEPIMPINAN DAN
                                     PENGURUSAN (USIM) DALAM APLIKASI FACEBOOK

                                   Nazurah Qurratu’aini binti Mahat (nazurahmahat@gmail.com)
                                                  PDPP BM Ambilan Jun 2021
                                         Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, SABAH

                                                         ABSTRAK
                 Teknologi  digital  baru  semakin  berkembang  dan  memberi  kesan  terhadap  pelbagai  keperluan
                 pembangunan untuk remaja, termasuk hubungan sosial mereka. Kajian ini bertujuan untuk  mengkaji
                 personaliti  pemimpin  pelajar  di  Fakulti  Kepimpinan  dan  Pengurusan  (FKP),    Universiti  Sains  Islam
                 Malaysia (USIM) dalam Facebook. Oleh itu, kajian ini meneroka identiti yang mereka gambarkan dan
                 perbezaan identiti dari perspektif kepimpinan. Seterusnya  tinjauan literatur mengetengahkan konsep
                 pendedahan  diri,  rangkaian  sosial,  identiti  kepimpinan,  komunikasi  bukan  lisan  dan  hubungan
                 pemimpin  pelajar  antara  satu  sama  yang    lain.  Kajian  ini  dilakukan  menggunakan  pendekatan
                 kualitatif yang menerapkan wawancara  mendalam dengan menggunakan model Mehrabian dan teori
                 pendedahan diri. Hasilnya   menunjukkan perbezaan imej pendedahan diri  antara pemimpin pelajar
                 dan kesannya  terhadap perkembangan mereka yang lebih baik.

                 Kata kunci:   Facebook, Identiti diri, Teknologi, Kepimpinan, Model Mehrabian,
                               Teori  Pendedahan Diri.


                                     ANALISIS KESALAHAN PENULISAN KATA MAJMUK
                                          DALAM MAJALAH HIBURAN DI MALAYSIA
                                                           1
                               Noor Fatehah Shahira Roslee  (fatehah23-310@pembelajaran.edu.my)
                                                           2
                                   Melvina Chung Hui Ching  (melvina.chung@ipgmktar.edu.my)
                                          Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
                                        Jalan Dato’ Mohd Musa, Kota Samarahan, SARAWAK.

                                                         ABSTRAK
                 Kesalahan  penggunaan  bahasa  Melayu  terutama  dalam  ruangan  majalah  belum  menemui  jalan
                 penyelesaiannya secara efektif dan sukar untuk diatasi. Malah, sasaran penerbitan sesebuah majalah
                 adalah  untuk  meraih  populariti  dan  mengaut  keuntungan  bagi  pihak  syarikat  penerbit.  Oleh  itu,
                 kebanyakan penulisan dalam majalah mempunyai banyak kesalahan bahasa seperti kesalahan ejaan
                 dan  morfologi  yang  merangkumi kesalahan  penulisan  kata  majmuk.  Kajian  ini  dijalankan  bertujuan
                 untuk mengkaji kesalahan  penulisan kata majmuk yang terdapat  dalam majalah hiburan popular di
                 Malaysia. Hal ini demikian kerana penulisan kata majmuk sering kali tidak bertepatan dengan hukum
                 tatabahasa bahasa Melayu. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan Teori Analisis Kesalahan Corder
                 (1973) untuk menganalisis kesalahan penulisan kata majmuk dalam majalah. Kajian ini menggunakan
                 kaedah kepustakaan dan analisis teks.   Data kajian diperoleh menerusi majalah seperti Mingguan
                 Wanita,  Glam,  EH!,  dan  Rapi  dari  tahun  2019  hingga  2021.  Hasil  dapatan  kajian  menunjukkan
                 bahawa terdapat banyak kesalahan    penulisan kata majmuk dalam majalah hiburan. Kesimpulannya,
                 kesalahan bahasa dalam      penulisan kata majmuk harus diberi tumpuan oleh penulis artikel majalah
                 termasuk  ketua  editor  majalah  sebelum  sesebuah  majalah  tersebut  dibenarkan  untuk  penerbitan
                 kerana  majalah  yang  popular  mempunyai  pembaca  yang  ramai.  Justeru,  kesalahan  penggunaan
                 bahasa dalam     majalah akan turut memberi implikasi dan kesan kepada penggunaan bahasa dalam
                 khalayak pembaca.

                 Kata kunci:    Kesalahan bahasa, Majalah hiburan, Bahasa Melayu, Penulisan kata majmuk
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44