Page 32 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 32
MOTIF PELANGGARAN PRINSIP KERJA SAMA
DAN PRINSIP KESANTUNAN DALAM BERKOMUNIKASI
Dr. Mangatur Sinaga, M.Hum. ( mangatur.sinaga@lecturer.unri.ac.id)
Program Studi Pendidikan Bahasa dan Sastra Indonesia,
FKIP, Universitas Riau, Pekanbaru, Indonesia
ABSTRAK
Artikel ini bertujuan mendeskripsikan motif pelanggaran Prinsip Kerja Sama dan Prinsip Kesantuan
dalam berkomunikasi. Sumber data kajian yakni tuturan sehari-hari dengan metode simak-catat,
tuturan di dalam youtube, dan kalimat percakapan di dalam whatsApp. Analisis data dilakukan dengan
mengaitkan tuturan atau kalimat berdasarkan kajian pragmatik: Prinsip Kerja Sama dan Prinsip
Kesantunan berdasarkan maksim setiap prinsip. Motif pelanggaran meliputi (1) motif kebahasaan dan
(2) motif nonkebahasaan. Motif kebahasaan meliputi (a) pilihan kata, (b) kalimat, dan (c) gaya bahasa.
Motif nonkebahasaan meliputi (a) gerak tubuh, (b) hubungan pribadi penutur dengan petutur, dan (c)
asal atau kelompok sosial/politik penutur dan petutur.
Kata Kunci: motif, prinsip kerja sama, prinsip kesantunan, komunikasi
ISU DAN CABARAN PERLAKSANAAN PENTAKSIRAN BILIK DARJAH
DALAM KALANGAN GURU
Dr. Rosnah@Nining Binti Sidek¹ (niningrosnah@gmail.com)
Bustam Bin Daman² (bustamdaman@gmail.com)
Mohd Saiful Bahri Bin Bustam³(saifulbahry15@gmail.com)
¹Institut Pendidikan Guru Kampus Kent, Tuaran
²Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya, Kota Kinabalu,
& ³SMK Desa Kencana, Lahad Datu, Sabah
ABSTRAK
Rentetan kepada pengumuman KPM terhadap pemansuhan UPSR dan PT3, sebagai alternatifnya,
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diperkasakan di peringkat sekolah. Ini disebabkan sistem pendidikan
negara kita yang berteraskan peperiksaan telah mendorong pelajar-pelajar belajar dan menghafal
untuk lulus peperiksaan semata-mata. Pengetahuan yang diterima dengan cara ini tidak akan kekal. Ini
bermakna kejayaan dalam peperiksaan tidak memberi gambaran sebenar tentang kejayaan
penguasaan sesuatu kurikulum. Pentaksiran dibuat untuk menilai tahap pencapaian murid terhadap
sesuatu konsep pengajaran yang dipelajari bagi membantu guru menilai kaedah pengajaran yang telah
dilaksanakan. Seterusnya, mengesan kelemahan kaedah pengajaran yang memerlukan
penambahbaikan. Justeru, kajian ini adalah untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh
guru tentang perlaksanaan PBD di sekolah. Kertas kajian ini mengetengahkan isu dan cabaran
permasalahan guru dalam pentaksiran semasa melaksanakan PBD. Kajian ini membincangkan isu-isu
beberapa permasalahan guru sepanjang melaksanakan PBD. Dalam kajian ini, responden terdiri
daripada guru-guru interim yang sedang mengikuti program PDPP Ambilan Jun21 di IPGK Kent. Reka
bentuk kajian adalah secara mod bercampur kuantitatif dan kualitatif, data dikutip atas talian melalui
penulisan laporan refleksi tentang perlaksanaan PBD di sekolah masing-masing. Dapatan kajian
mengesan, isu dan cabaran utama yang dihadapi oleh guru bagi melaksanakan PBD dalam norma
baru semasa pandemik wabak Covid-19 adalah dari sudut tahap kesediaan guru tersebut. Kebanyakan
guru menghadapi kecelaruan, ketidakyakinan dan stres semasa melaksanakan PdPR dan PBD. Kajian
ini mengemukakan beberapa cadangan penambahbaikan kualiti dalam pelaksanaan PBD.
Kata kunci: PBD, PBS, Pd, dan PdPR