Page 28 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 28

PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN MASALAH (CTPS) 3 DALAM
                                     PEMENTASAN TEATER HIKAYAT SI IKAN KERING


                                   Maria binti Tahir,PhD¹ (maria09-43@epembelajaran.edu.my)
                                     Chan Mun Varne² (chan-09-986@epembelajaran.edu.my)

                                         Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
                                               Lembah Pantai, KUALA LUMPUR.

                                                        ABSTRAK

                Kajian  ini  bertujuan  untuk  meneliti  pengaplikasian  pemikiran  kritis  dan  kemahiran  menyelesaikan
                masalah  (CTPS)  3  dalam  pementasan  teater  Hikayat  Si  Ikan  Kering.  Kajian  ini  menggunakan  reka
                bentuk kajian kes dengan melibatkan tiga orang guru SK USJ 12, Subang Jaya. Data kajian dikumpul
                menerusi kaedah pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen serta dianalisis secara manual. Data
                kajian  juga  dianalisis  berdasarkan  ketujuh-tujuh  kerangka  tahap  kemahiran  CTPS  dalam  Modul
                Kemahiran Insaniah (Soft Skills) yang telah diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM),
                Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM: 2006). Dapatan kajian ini membuktikan bahawa tahap CTPS
                3 merupakan kemahiran CTPS yang paling ketara berlaku dalam kalangan guru SK USJ 12 sepanjang
                pementasan.  Selain  daripada  itu  dapatan  kajian,  menunjukkan    pementasan  ini  telah  mencapai
                strategi  serampang  dua  mata  iaitu  sebagai  aktiviti  menjana    wang  untuk  tabung  PIBG  dan  Kelab
                Kebajikan  Guru  amnya  dan  sebagai  salah  satu  platforma  untuk membugarkan  Kemahiran  Insaniah
                dalam kalangan guru dan kru produksi khususnya.

                Kata Kunci: kemahiran insianiah, CTPS 3, pementasan teater Hikayat Si Ikan Kering


                               ANALISIS PEMBENTUKAN SIMPULAN BAHASA MELAYU BAGI
                                            KATA ANAK DARI ASPEK KOGNITIF

                                 Dr Melvina Chung Hui Ching (melvina.chung@ipgmktar.edu.my)
                                         Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
                                     Jalan Dato’ Mohd Musa, 94300 Kota Samarahan, SARAWAK

                                                        ABSTRAK
                Simpulan  bahasa  ialah  salah  satu  jenis  peribahasa  Melayu  dan  merupakan  warisan  orang  Melayu
                sejak  turun-temurun,  biasanya  diungkapkan  melalui  percakapan.  Malah,  bahasa  yang  digunakan
                dalam  simpulan  bahasa  Melayu  amat  halus  tetapi  maknanya  cukup  mendalam.  Ini  disebabkan
                masyarakat  Melayu  terkenal  dengan  nilai  dan  kesantunan  yang  tinggi  ketika  berbahasa  agar  tidak
                menyinggung perasaan orang yang mendengar. Melalui ciptaan simpulan bahasa dapat memperlihat-
                kan masyarakat  Melayu  dahulu  mempunyai  tahap  kognitif  yang  tinggi  dan  pengamatan  yang  tajam
                terhadap  alam  semula  jadi,  penghidupan,  perilaku  manusia,  nilai  dan  sebagainya.  Makalah  ini
                menganalisis  14  simpulan  bahasa  Melayu  dengan  kata  anak  daripada  Kamus  Peribahasa
                Kontemporari (Edisi kedua) oleh Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan (2006). Kajian ini menggunakan
                kaedah  kualitatif  iaitu  kaedah  kepustakaan  dan  analisis  teks.  Teori  semantik  kognitif  iaitu  metafora
                konsepsi dijadikan landasan bagi menganalisis simpulan bahasa Melayu. Selain itu, simpulan bahasa
                Melayu yang dibentuk menggunakan kata anak sebagai dasarnya bagi membentuk pemetaan antara
                domain pengetahuan, iaitu hasil daripada pemetaan domain sumber kepada domain sasaran. Dapatan
                kajian menunjukkan bahawa 14 simpulan bahasa Melayu yang dikaji mempunyai metafora konsepsi
                yang sama. Kesimpulannya, simpulan bahasa Melayu dapat dikaji dan dianalisis menggunakan teori
                semantik kognitif, iaitu metafora konsepsi secara mendalam dan terperinci.

                Kata kunci: Simpulan bahasa Melayu, Perkataan anak, Semantik kognitif, Metafora konsepsi
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33