Page 30 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 30

TATABAHASA ”KASUS”  : SATU TINJAUAN DARI PERSPEKTIF
                                   PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

                        Radna Wismawati Muhibah binti Yahya Sawek (PhD)¹ (radna.yahya@ipgmktar.edu.my)
                                          Halik bin Wang² (halik.wang@ipgmktar.edu.my)
                                           Jisse Golden³ (jissegolden2001@gmail.com)

                                          Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak,
                                                  Kota Samarahan, SARAWAK.

                                                         ABSTRAK

                Terdapat  banyak  teori  tatabahasa  yang  digunakan  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  bahasa
                Melayu.  Dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  BM,  penggunaan  teori  tatabahasa  bermula  dengan
                penggunaan Tatabahasa  Tradisional  yang  dipelopori oleh ZABA. Oleh  itu, kajian  ini bertujuan untuk
                menerangkan  9  jenis  kasus  yang  terdapat  dalam  Tatabahasa  ”Kasus”.  Tatabahasa  tradisional  ini
                mempunyai  teori  yang  mudah.  Struktur  tatabahasa  Bahasa  Melayu  akan  dapat  dibentuk  dengan
                adanya ”subjek” dan ”predikat” atau  adanya ”benda” dan ”cerita”. Pada sekitar tahun 1970 dan 80 an
                muncul  pula  suatu  bentuk  sistem  tatabahasa  yang  lebih  popular  iaitu  tatabahasa  ”tranformasi
                Generatif”.  Aliran  tatabahasa  ini  dipengaruhi  oleh  teori  kognitif  dan  psikologi  behaviorisme.  Ia
                berpendapat  bahawa  ”idea”  dibentuk  dahulu  dalam  fikiran  (otak  manusia)  barulah  ia  diterjemahkan
                dalam pertuturan (bunyi). Kemudian pada sekitar tahun 90 an sehingga kini aliran tatabahasa Bahasa
                Melayu dipengaruhi pula oleh teori tatabahasa Struktural. Aliran tatabahasa ini juga dikenali sebagai
                Tatabahasa Dewan. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan dengan meneliti beberapa kajian seperti
                kajian  Henry  Guntur  Tarigan  (1990),  Fillmore  (1996  dan  2008),  Palmatier  (2007)  dan  Lynos  (1968).
                Penyelidik  mendapati  bahawa  ”Tatabahasa  Kasus”    berupaya  mendukung  pengajaran  dan
                pembelajaran Bahasa Melayu dalam kalangan murid-murid di sekolah. Hal ini disebabkan tatabahasa
                kasus mementingkan kejadian perubahan hukum bahasa berdasarkan ”kes” atau ”kejadian”. Justeru,
                bagi  guru-guru  Bahasa  Melayu,  ”Tatabahasa  Kasus”  ini  boleh  dijadikan  sebagai  alternatif  kepada
                penggunaan  ”Tatabahasa  Struktural”  bagi  menjadikan  pengajaran  dan  pembelajaran  BM  lebih
                bervariasi lagi.

                Kata kunci:    Tatabahasa Kasus, Tatabahasa Tradisional, Tatabahasa Struktural


                      WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA : KESEDARAN SISWA LATIHAN PERGURUAN
                                                 DI INSTITUSI PENDIDIKAN

                              Saidah Khadijah Binti Ahmad Ed.D¹(saidahkhadijah.ahmad@ipgm.edu.my)
                                      Nuraziella Binti Majid² (nuraziellamajid@gmail.com.my)
                                               Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau

                                                            ABSTRAK
                Wawasan  kemakmuran  bersama  2030  adalah  iltizam  untuk  menjadikan  Malaysia  sebagai  sebuah
                 negara    yang  terus  membangun  secara  mampan  seiring  dengan  pengagihan    ekonomi  yang  adil,
                 saksama  dan  inklusif  pada  semua  peringkat  kumpulan  pendapatan,  etnik,  wilayah  dan  rantaian
                 bekalan.  Iltizam  ini  akan  diteruskan  ke  arah  mengukuhkan  kestabilan  politik  dan  meningkatkan
                 kemakmuran  negara  serta  memastikan  rakyat  bersatu  padu  tanpa  prasangka  dengan  meraikan
                 kepelbagaian bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa.. Ia adalah kelangsungan
                 kepada wawasan 2020, mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan keadaan yang akan    berlaku
                 dalam  tempoh  10  tahun  akan  datang.  Maka  dengan  itu  kertas  konsep  ini  cuba  untuk    melihat
                 kesedaran  generasi  yang  masih  dalam  tempoh  latihan  perguruan  untuk    bersama-sama  mencakna
                 fikiran      dan  minda  bagi  menyokong  wawasan  dan  gagasan  kerajaan  ini  dengan  mempunyai
                 kesedaran dan kefahaman yang tinggi kearah wawasan tersebut. Maklumat diperolehi dari para siswa
                 pendidik  menerusi  soal  selidik  ringkas  yang  dibina  sendiri  khusus  untuk  melihat  kesedaran  dan
                 kefahaman mereka terhadap wawasan kemakmuran bersama 2030.
                Kata kunci:    Wawasan, inklusif, iltizam,
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35