Page 22 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 22

APLIKASI TEORI SOSIOLOGI DALAM NOVEL LONG BUSANG
                                                    1
                                        Alice Rayon  (alice23-302@epembelajaran.edu.my)
                                                    2
                                     Rismaya Abbas  (rismaya23-316@epembelajaran.edu.my)
                                                         3
                                        Sara Beden (PhD)  (sara.beden@ipgmktar.edu.my)

                                          Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
                                                  Kota Samarahan,  SARAWAK.


                                                         ABSTRAK

                Sastera  dan  masyarakat  sememangnya  mempunyai  ikatan  yang  akrab  kerana  sastera  merupakan
                cerminan masyarakat. Karya sastera memperlihatkan corak, gaya, bentuk, pola, sistem dan nilai hidup
                masyarakat kerana sastera merujuk kepada rakaman kehidupan daripada pelbagai dimensi dan sudut
                pandang  yang  berlainan.  Gambaran  peristiwa  yang  diketengahkan  menerusi  plot  sesebuah  karya
                merupakan realiti yang berlaku dalam kehidupan sebenar manusia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk
                menganalisis  aspek sosial dalam novel Long Busang (2005) karya Jong Chian Lai. Kajian ini merupa-
                kan kajian kualitatif sepenuhnya  dengan memfokuskan analisis teks. Teori  yang digunakan sebagai
                landasan  analisis  ialah  Teori  Sosiologi.  Dapatan  analisis  memperlihatkan  bahawa  pengarang  me-
                maparkan isu-isu sosial sehingga memberikan kesan kepada kehidupan masyarakat Penan. Watak-
                watak      terkesan sehingga watak utamanya bertekad untuk membantu dan mengubah kehidupan
                masyarakat Penan agar mereka turut menikmati kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Masyara-
                kat Penan menganggap bahawa pemodenan yang disajikan menggugat keharmonian serta kesucian
                cara hidup tradisi. Garapan isu-isu sosial berupaya memberikan kesedaran kepada khalayak agar tid-
                ak mengambil kesempatan terhadap kemunduran masyarakat lain. Kesimpulannya, penggunaan Teori
                Sosiologi  amat  signifikan  untuk  memprojeksikan  kepincangan  sosial  dalam  masyarakat  sekali  gus
                membuka mata pihak berkepentingan agar sesebuah masyarakat tidak berterusan mundur.

                Kata kunci: Teori Sosiologi, Long Busang, tradisi, kaum Penan, isu sosial
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27