Page 61 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 61
PEMEROLEHAN DAN PENGUASAAN BAHASA KANAK-KANAK PENUTUR NATIF
MELAYU SARAWAK
Dr Radna Wismawati Muhibah binti Yahya Sawek¹ (radna.yahya@ipgmktar.edu.my)
Halik bin Wang² (halik.wang@ipgmktar.edu.my)
Umi Shafirah binti Jinal³ (umi23-337@epembelajaran.edu.my)
IPG Kampus Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, SARAWAK
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian awal untuk melihat pemerolehen bahasa kanak-kanak dari segi kosa kata.
Senario ini mengundang kontroversi yang tiada titik pertemuan apabila kita menelusuri kajian yang
memberi tumpuan kepada komponen morfologi iaitu pemerolehan imbuhan infeksi dan kata nama.
Setakat ini, tinjauan kosa ilmu mendapati wujud dua paradigma yang berbeza tentang fakta ini.
Paradigma pertama yang diklasifikasikan sebagai behaviorisme merumuskan bahawa pada umumnya
semua kanak-kanak memperoleh imbuhan infleksi dahulu berbanding dengan kata nama (Zulkifley
Hamid, 2007). Sebaliknya, paradigma kedua yang dikelompokkan sebagai mazhab mentalis meru-
muskan bahawa unsur morfologi yang diperoleh lebih awal oleh kanak-kanak ialah kata nama
(Abdullah Hassan, 2007). Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pemerolehan Bahasa Melayu
yang dikuasai oleh kanak-kanak yang menuturkan Dialek Melayu Sarawak sebagai bahasa pertama
dari aspek kosa kata pada peringkat umur 2 tahun. Di samping itu, kajian ini juga melihat kepanjangan
ayat yang digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 2 tahun. Subjek kajian ialah seorang kanak-
kanak penutur natif Bahasa Melayu Sarawak dari Kampung Tabuan Hilir, Kuching, Sarawak. Data
yang diperoleh ialah data autentik yang diperoleh melalui temu bual tidak formal. Data dianalisis
berdasarkan kosa kata yang diperoleh daripada kepanjangan ayat, struktur analisis dan jumlah ujaran
setiap kali bertutur. Pengiraan Min Panjang Ujaran atau Mean Length of Uterence (MLU) mengikut
Brown’s Stages of Development digunakan untuk menentukan tahap perkembangan bahasa kanak-
kanak berkenaan. Ringkasnya, paparan dapatan ini menunjukkan pemerolehan komponan morfologi
dalam kalangan kanak-kanak direalisasikan dalam bentuk bahasa verbal (ujaran). Dapatan
Vijayaletchumy Subramaniam memperakukan secara lebih menyeluruh perihal pemerolehan kata
nama penyelidik. Kesimpulannya, kata nama awal dikuasai kanak-kanak melalui lakuan verbal dan
nonverbal.
Kata kunci: pemerolehan bahasa, kosa kata, behaviourisme, mentalis