Page 57 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 57

ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA SENDI NAMA
                                                  DALAM SURAT KHABAR

                                                              1
                              Stacey Olivia Anak John Brooklyn  (stacey23-32@pembelajaran.edu.my)
                                                           2
                                   Melvina Chung Hui Ching  (melvina.chung@ipgmktar.edu.my)
                                         Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak
                                                  Kota Samarahan, SARAWAK.

                                                         ABSTRAK
                Kesalahan bahasa dalam b ahasa Melayu bukan satu isu yang baharu, malah isu ini pernah diutarakan
                dalam  berita  menerusi  televisyen  dan  akhbar.  Kesalahan  yang  biasa  berlaku  adalah  dalam  bidang
                morfologi. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesalahan penggunaan kata sen-
                di nama yang terdapat dalam surat khabar jenis bercetak dan digital. Hal ini demikian kerana, kata sen-
                di nama merupakan salah satu kata tugas yang luas penggunaannya, namun pengguna bahasa Mela-
                yu  sering  kali  memandang  remeh  dan  menganggap  enteng  terhadap  kata  sendi  nama.  Justeru,
                penggunaanya  lazim  tidak  menepati  hukum  tatabahasa  bahasa  Melayu.  Maka,  dalam  kajian  ini
                pengkaji menggunakan Teori Analisis Kesalahan Corder (1973) bagi menganalisis data yang diperoleh
                daripada surat khabar. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif iaitu melalui kaedah kepustakaan dan
                analisis teks. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat kesalahan penggunaan kata sendi
                nama dalam surat khabar bercetak dan digital. Kesimpulannya, penulis artikel berita atau ketua editor
                surat khabar harus peka terhadap fungsi dan penggunaan kata sendi nama, selain disarankan agar
                menguasai bidang tatabahasa bahasa Melayu kerana surat khabar merupakan salah satu medium uta-
                ma dalam penyaluran maklumat dan berita semasa kepada masyarakat.

                Kata kunci:    Kesalahan bahasa, Surat khabar, Bahasa Melayu, Kata sendi nama


                  ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN KATA PEMERI DALAM AKHBAR UTUSAN BORNEO
                                    Viannie binti Amin (745-27-viannie@epembelajaran.edu.my)
                                         Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, SABAH.

                                                         ABSTRAK
                Kajian ini adalah tentang analisis kesalahan penggunaan kata pemeri dalam akhbar Utusan Borneo.
                Data  yang  digunakan  dalam  kajian  ini  melibatkan  33  sampel  laporan  berita  semasa  akhbar  Utusan
                Borneo bermula dari bulan Januari sehingga Februari 2014.Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga oleh Nik
                Safiah  Karim  et  al  (2011)  merupakan  buku  yang  dijadikan  sebagai  panduan  untuk  menganalisis
                kesalahan penggunaan kata pemeri dalam data kajian. Sebanyak 46 jumlah kata pemeri yang ditemui
                dalam  sampel  laporan  akhbar.  Pengkaji  mendapati  60%  daripada  penggunaan  kata  pemeri  yang
                menyalahi  hukum  tatabahasa  iaitu  sebanyak  28  data.  Selebihnya  40%  tidak  menyalahi  hukum
                tatababahasa  iaitu  18  data.  Hasil  kajian  yang  dijalankan mendapati  terdapat  empat  jenis  kesalahan
                penggunaan  kata  pemeri  yang  telah  ditemui  berserta  dengan  peratusan  kekerapan  kesalahan.
                Peratusan kesalahan penggunaan kata pemeri yang mencatat frekuensi paling tinggi ialah kesalahan
                penggunaan kata pemeri adalah di tempat ialah sebanyak 64%. Manakala kesalahan penggunaan kata
                pemeri di hadapan kata kerja mencatat frekuensi kedua tertinggi sebanyak 25%. Ini diikuti dengan jenis
                kesalahan penggunaan kata pemeri di hadapan frasa nama atau kata nama sebanyak 7%. Kesalahan
                penggunaan  kata  pemeri  ialah  di  tempat  adalah  merupakan  frekuensi  terendah  dengan  jumlah  4%.
                Secara keseluruhannya, kesalahan tatabahasa khususnya penggunaan kata pemeri dalam penulisan
                akhbar masih lagi berterusan. Kepekaan seseorang penulis dalam bidang tatabahasa perlu dikukuhkan
                untuk menghasilkan penulisan yang sempurna.
                Kata kunci:    Kata pemeri, ialah, adalah, empat jenis kesalahan penggunaan,kekerapan
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62