Page 60 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 60

PEMBELAJARAN INTERAKTIF BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA ASING
                                     DI GUANGDONG, CHINA : ERA PANDEMIK COVID-19

                                       Zaiton binti Zakarya¹ (zaitonzakaryagdufs@gmail.com)
                                               Wanjun Li² (liwanjun@gdufs.edu.cn)

                                       Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa dan Budaya Asia,
                                           Universiti Pengajian Asing Guangdong, CHINA

                                                         ABSTRAK
                 Pandemik Covid-19 yang tersebar ke seluruh dunia ini telah merubah landskap kehidupan  manusia
                 termasuklah dalam bidang pendidikan. China merupakan negara pertama yang terjejas akibat Covid-
                 19  ini telah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara maya. Penutupan seluruh  institusi
                 pendidikan termasuklah di Universiti Pengajian Asing Guangdong menyebabkan mahasiswa dan pen-
                 syarah  tidak  dibenarkan  pulang  ke  kampus.  Kertas  kerja  ini  akan  membincangkan  tentang
                 kepelbagaian bahan bantu mengajar interaktif yang digunakan oleh     pensyarah dan mahasiswa se-
                 masa proses pengajaran dan pembelajaran secara maya berlangsung. Kuliah secara maya ini telah
                 dijalankan dengan menggunakan satu aplikasi dari China iaitu Tencent Meeting (VooV). Pengajaran
                 secara maya ini merupakan norma baharu bagi pensyarah yang berada di Malaysia dan mahasiswa
                 yang berada di negara China. Pengumpulan data melalui kaedah tinjauan ini bermula pada bulan Mac
                 2020 sehingga bulan Julai 2021. Pengajaran dan pembelajaran interaktif ini mampu memberi kesan
                 positif kepada mahasiswa kerana mereka berpeluang melibatkan diri secara aktif, kolaboratif, dan be-
                 rasa seronok sepanjang proses pembelajaran berlaku.

                 Kata Kunci:   pandemik Covid-19, pembelajaran interaktif, mahasiswa China, pengajaran dan
   55   56   57   58   59   60   61   62   63