Page 58 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 58

PENTERJEMAHAN UNSUR BUDAYA DALAM BUKU TINIMUNGAN TANGON KADAZANDUSUN

                                           Yefta Bin Andrius (yeftaandrius@gmail.com)
                                      Institus Pendidikan Guru (IPG) Kampus Keningau, SABAH.

                                                         ABSTRAK
                 Kajian  ini  memfokuskan  terhadap  penterjemahan  unsur  budaya  dalam  sebuah  karya  sastera  iaitu
                 buku  Tinimungan  Tangon  Kadazandusun.  Sebuah  terjemahan  haruslah  mengambil  kira  aspek
                 budaya  untuk  menterjemah  sesuatu  bahasa  kepada  bahasa  yang  lain.  Selain  itu,  kajian  ini  juga
                 mengkaji tentang kaedah terjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam karya sastera ini untuk
                 menterjemah  bahasa  Kadazandusun  kepada  bahasa  Melayu.  Dalam  kajian  ini,  pengkaji  telah
                 menggunakan  pendekatan  Newmark  (1988)  yang  mengkategorikan  penterjemahan  unsur  budaya
                 kepada lima kategori. Namun, kajian ini hanya terbatas kepada tiga unsur sahaja iaitu unsur budaya
                 ekologi,  unsur  budaya  sosial  dan  unsur  budaya  material.  Kajian  ini  terbatas  kepada  bahasa  dan
                 budaya  Kadazandusun  yang  terdapat  dalam  buku  Tinimungan  Tangon  Kadazandusun.  Data  yang
                 diperoleh  dalam  buku  ini  telah  dianalisis  dan  dibuat  dalam  bentuk  graf  menggunakan  kaedah
                 kuantitatif  dan  kualitatif.  Hasil  kajian  mendapati  penterjemahan  unsur  budaya  material  merupakan
                 unsur  budaya  yang  paling  tinggi  kekerapannya  dalam  terjemahan  iaitu  sebanyak  50%.  Manakala,
                 dalam  kajian  ini  kaedah  terjemahan  yang  paling  banyak  digunakan  ialah  kaedah  transposisi  iaitu
                 sebanyak  36%.  Melalui  kajian  ini,  pengetahuan  akan  dikongsikan  kepada  penterjemah  bahasa
                 Kadazandusun dan juga industri penterjemahan yang terlibat.

                 Kata kunci:   Penterjemahan unsur budaya, aspek budaya, kaedah terjemahan

                 KUMPULAN DAN ANALISIS: CERITA JENAKA SUKU KAUM KEDAYAN DI DAERAH SIPITANG,
                                                          SABAH

                                    Yunus Bin Kapong (747-27-yunus@epembelajaran.edu.my)
                                         Institut Perguruan Guru Kampus Keningau, SABAH

                                                         ABSTRAK

                 Sastera lisan ataupun cerita rakyat khususnya cerita jenaka ataupun cerita penglipur lara ini adalah
                 suatu cerita yang mengandungi unsur-unsur humor yang mampu membuatkan seseorang individu itu
                 tersenyum  ataupun  ketawa.  Perbuatan  senyum  atau  ketawa  adalah  satu  perbuatan  pantulan  atau
                 gerak refleks. Ia tidak mempunyai sebarang fungsi melainkan untuk melegakan seseorang daripada
                 sesuatu tekanan atau ketegangan. Kajian ini cuba menganalisis bagaimana corak hidup masyarakat
                 terdahulu  khususnya  masyarakat  suku  kaum  Kedayan  itu  sendiri  pada  masa  dahulu  sekaligus
                 menggambarkan keadaan-keadaan watak-watak manusia di dalam masyarakat suku kaum Kedayan
                 itu  sendiri.  Kajian  ini  juga  menekankan  aspek  watak-watak  utama  yang  terdapat  di  dalam  cerita
                 jenaka suku kaum Kedayan. Watak-watak yang ditonjolkan pada cerita jenaka suku kaum Kedayan
                 juga adalah sama dengan watak-watak cerita jenaka suku kaum yang lain kerana kebanyakan watak
                 utamanya banyak memainkan peranan yang cukup penting bagi menghidupkan cerita. Oleh itu, kajian
                 khususnya watak dan perwatakan watak ini boleh dianggap sesuatu yang cukup penting. Kajian yang
                 ketiga adalah berkait tentang nilai-nilai  yang terdapat di dalam sastera rakyat suku kaum Kedayan
                 yang  ada  di  daerah  Sipitang,  Sabah.  Nilai-nilai  yang  cuba  ditonjolkan  termasuklah  nilai-nilai
                 kehidupan  masyarakat  suku  kaum  Kedayan  terdahulu  di  samping  dapat  menggambarkan  tentang
                 sosiobudaya masyarakat terdahulu.
                  Kata Kunci:   cerita rakyat    jenaka  suku kaum Kedayan   nilai   watak utama
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63