Page 54 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 54

APRESIASI DAKWAH DAN MANIFESTASI NILAI KEMASYARAKATAN DALAM  FILEM
                              MUNAFIK 2 DARI PERSPEKTIF TEORI PENGKAEDAHAN MELAYU

                                        Shazriena Izlin Azhar (shazrienaizlin98@gmail.com)
                                          Mohamad Zuber Ismail (zuber77@iium.edu.my)
                                               Arina Johari (arinajr@iium.edu.my)
                                             Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

                                                         ABSTRAK
                   Filem merupakan sebuah karya seni yang menonjolkan teknologi sinematik dalam bentuk naratif
                  dan bukan  hanya menerapkan elemen hiburan semata-mata. Dunia perfileman kini menjadi nafas
                  baharu  yang    berfungsi  sebagai  salah  satu  wahana  dalam  menyampaikan  mesej  kepada
                  masyarakat seiring dengan rentak kemajuan arus modenisasi. Sehubungan dengan itu, kajian ini
                  memfokuskan  kepada  satu  teori    pendekatan  kritikan  sastera,  iaitu  Pengkaedahan  Keagamaan
                  yang  dipelopori  oleh  Hashim  Awang  (1989).    Teori  Pengkaedahan  Keagamaan  ini  terbahagi
                  kepada  tiga,  iaitu  Pendekatan  Dakwah,  Pendekatan    Kemasyarakatan  dan  Pendekatan  Seni.
                  Namun  begitu,  kajian  ini  hanya  memfokuskan  kepada  Pendekatan    Dakwah  dan  Pendekatan
                  Kemasyarakatan  sahaja.  Objektif  kajian  ini  adalah  untuk  mengenal  pasti  dan    menganalisis
                  Pendekatan Dakwah dan Kemasyarakatan yang terdapat dalam filem Munafik 2. Filem  Munafik 2
                  ini  dijadikan  sebagai  korpus  kajian  kerana  filem  ini  memaparkan  budaya  dan  senario  yang
                  menyingkap kehidupan sebenar masyarakat Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu
                  kaedah    analisis  teks  dan  kaedah  kepustakaan.  Hasil  dapatan  kajian  memperlihatkan  bahawa
                  Teori  Pengkaedahan    Melayu  yang  digarap  melalui  filem  Munafik  2  ini  jelas  bertepatan  dengan
                  Pendekatan Dakwah dan  Kemasyarakatan yang mengetengahkan norma masyarakat serta ajaran
                  Islam. Tuntasnya, kajian ini mampu membuka mata masyarakat kerana filem ini berlandaskan nilai
                  serta ajaran Islam yang seharusnya  dipraktikkan dalam diri setiap Muslim.

                           BENTUK DAN PERLAMBANGAN DALAM DAMAN SULUK DI KAMPUNG KERAMAT
                                                     SEMPORNA SABAH
                                 Siti Aisyah Binti Mohd Shah (sitiaisyahmohdshah1993@gmail.com)
                                                SK Balimbang, Semporna, SABAH.

                                                         ABSTRAK
                   Pantun  merupakan  puisi  tradisional  yang  paling  awal  digunakan  dalam  konteks  komunikasi
                  masyarakat Melayu sehinggakan kepada masyarakat etnik lain.  Pengkaji membuat  penyelidikan
                  dalam  masyarakat  Suluk  yang  telah  dijalankan  di  Kampung  Keramat  Semporna,  Sabah.
                  Komunikasi  menggunakan  pantun  pada  zaman  ini  sangat  terhad  untuk  dilihat  apatah  lagi
                  pembangunan pelbagai teknologi baru yang mampu menguasai hidup khususnya generasi muda.
                  Objektif  utama  kajian  ini  dijalankan  adalah  untuk  mengklasifikasikan  pantun  mengikut  jenis,
                  menjelaskan maksud, menganalisis setiap bentuk pantun dan menghuraikan perlambangan yang
                  digunakan. Kajian ini juga dilaksanakan untuk memartabatkan sastera rakyat etnik tersebut yang
                  kurang  didengari  di  era  ini  khususnya  dalam  kalangan  anak  muda  berdarah  Suluk.  Pengkaji
                  mendapatkan  maklumat  pantun  melalui  sumber  utama  iaitu  informan  yang  berbangsa  Suluk,
                  maklumat daripada kajian-kajian lepas dan sumber internet. Penyelidik memperoleh pelbagai jenis
                  pantun  yang terdiri daripada pantun cinta dan kasih sayang, pantun jenaka, pantun nasihat dan
                  pantun  sindiran.  Maklumat  yang  dikumpul  dibahagikan  mengikut  bentuk  dan  berdasarkan  data
                  informan,  pantun  empat  kerat  antara  bentuk  yang  terkenal  seperti  mana  bentuk  pantun
                  masyarakat  Melayu.  Begitu  juga  dengan  perlambangan  yang  sering  digunakan  adalah  unsur
                  alamiah. Penyelidikan sastera etnik Suluk perlu dilakukan dan diteruskan sebagai langkah untuk
                  mengekalkan identiti masyarakat itu dengan menambah khazanah dan sumber penelitian sastera
                  yang amat jarang ditemui dalam bentuk buku.

                   Kata kunci:    pantun, pantun Suluk, sastera rakyat, masyarakat Suluk Kampung Keramat,
                                 Semporna
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59