Page 55 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 55

PENERAPAN NILAI MURNI MENERUSI ANIMASI UPIN & IPIN MEMPENGARUHI
                                             PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

                                 Siti Aminah binti Salleh (741-27-aminah@epembelajajaran.edu.my)
                                               SK Terusan Sugut, Beluran, SABAH

                                                         ABSTRAK
                 Animasi  merupakan  paparan  pantas  imej  atau  karakter  berbentuk  2-Dimensi  agar  dapat
                 menghasilkan  ilusi.  Filem  animasi  bukan  sahaja  sebagai  hiburan  semata-mata  tetapi  juga  sebagai
                 medium  menyebarkan  nilai-nilai  murni  yang  terkandung  dalam  karakter  dan  jalan  cerita  animasi
                 tersebut. Penelitian ini dibuat untuk melihat nilai-nilai yang diterapkan dalam animasi Upin & Ipin serta
                 sejauh mana koleksi-koleksi cerita Upin & Ipin mempengaruhi perkembangan kanak-kanak dari segi
                 emosi  dan  tingkah  laku.  Kajian  ini  menggunakan  kaedah  pemerhatian  dan  kajian  kualitatif  dalam
                 pengumpulan maklumat yang lebih terperinci. Teknik pengumpulan maklumat adalah melalui kaedah
                 temubual  informan  yang  terdiri  daripada  5  orang  kanak-kanak  tahap  1.  Teknik  analisis  yang
                 digunakan adalah analisis kandungan berdasarkan data-data yang dikumpul. Hasil kajian mendapati
                 penerapan unsur atau nilai murni merupakan tunjang utama yang diketengahkan dalam cerita animasi
                 Upin  &  Ipin.  Oleh  itu,  adalah  wajar  sekiranya  animasi  ini  terus  ditayangkan  dan  diolah  ceritanya
                 dengan  lebih  kreatif  agar  kanak-kanak  secara  tidak  langsung  mengaplikasikan  nilai-nilai  yang  baik
                 dalam  diri  sekaligus  membentuk  jati  diri  dan  keperibadian  kanak-kanak  yang  seimbang  dari  aspek
                 Jasmani,  Emosi,  Rohani,  Intelektual  dan  Sahsiah.  Hal  ini  kerana  perkembangan  kanak-kanak
                 dipengaruhi oleh pembelajaran, pengalaman dan kematangan yang dilalui sendiri mengikut peringkat
                 dan keperluan kanak-kanak tersebut.
                 Kata kunci:    Definisi animasi, nilai-nilai murni, Teori Kualitatif, kanak-kanak


                             UNSUR HUMOR DALAM PENDIDIKAN MEWARNAI PEMBELAJARAN

                              Siti Suriani Binti Abdullah Halim (743-27-suriani@epembelajaran.edu.my)
                                                   SK Pekan Sipitang, SABAH.

                                                         ABSTRAK
                 Persepsi  pada  sesetengah  pelajar  tentang  pembelajaran  di  dalam  kelas  dianggap  satu  yang
                 membosankan.  Disebabkan  menerima  ilmu  dalam  satu  tempoh  masa  yang  panjang  semasa  sesi
                 pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadikan mereka cepat merasa bosan dan letih . Cara ini
                 juga sudah menjadi tradisi turun temurun, pelajar akan memasang dalam fikiran mereka duduk dalam
                 kelas  dan  menadah  telinga  untuk  mendengar  input-input  yang  akan  disampaikan  oleh  guru-guru,
                 sehinggalah habis waktu jam pembelajaran di sekolah. Hal ini sesuatu yang sangat membosankan
                 jika  pemikiran  pelajar  sudah  tersedia  sepert  itu.  Sesuatu  yang  baru  perlu  disuntik  dalam  sistem
                 pengajaran dan pembelajaran agar dapat mewarnai sesi pengajaran dan pembelajaran. Unsur humor
                 salah  satu  medium  yang  boleh  diguna  pakai  bagi  menarik  minat  dan  sekaligus  menjadikan
                 pembelajaran itu menarik. Keadaan pembelajaran yang bersifat formal memaksakan pelajar sentiasa
                 dalam  keadaan  yang  serius,  hal  ini  menjadikan  mereka  sukar  untuk  menyuarakan  pendapat  dan
                 pandangan mereka. Memasukkan unsur-unsur humor ini akan lebih mendekatkan diri pelajar dalam
                 kelas  sekaligus  dapat  menyelami  pembelajaran  dengan  tidak  dalam  keadaan  yang  tertekan  iaitu
                 serius dalam menerima ilmu.

                 Kata kunci :   humor   pembelajaran  formal
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60