Page 59 - eBukuProgram SEBAHTERAIPGKK2021
P. 59
ADAT PERKAHWINAN MASYARAKAT BUGIS DI SANDAKAN
Yusri bin Jesnar¹ (748-27-yusri@epembelajajaran.edu.my)
SK Desa Permai, Kinabatangan, SABAH.
Shirley Raym Samin² (739-27-shirley@epembelajaran.edu.my)
SK Dandun, Pitas, SABAH
Rechall binti Mahir³ (rechallmahir@gmaill.com)
SK Kapa, Tamparuli, SABAH.
ABSTRAK
Kajian yang bertajuk “Adat Istiadat Majlis Perkahwinan Bugis Di Sandakan” akan memfokuskan
kepada masyarakat Bugis yang tinggal di Kampung Batu Putih daerah Sandakan, Sabah.
Penyelidikan ini memberi tumpuan terhadap adat istiadat tradisi dalam perkahwinan yang masih
diamalkan sejak turun-temurun oleh masyarakat Bugis. Kajian ini akan mengupas tentang
perlaksanaan adat istiadat dalam majlis perkahwinan masyarakat Bugis yang meliputi tiga tahap
iaitu sebelum, semasa dan selepas perkahwinan. Di samping itu, penulis akan menyentuh tentang
perubahan-perubahan yang berlaku dalam peringkat-peringkat perlaksanaan adat istiadat upacara
perkahwinan. Sememangnya diketahui bahawa setiap adat yang wujud dalam masyarakat
mempunyai kepentingannya yang tersendiri terhadap sesuatu masyarakat. Oleh sebab itu, adalah
penting bagi penulis untuk memberi sebab dan alasan atau faktor-faktor berlakunya sebarang
perubahan terhadap adat yang diamalkan sama ada sesuatu perubahan itu relevan atau
sebaliknya. Sehubungan dengan itu, adat istiadat yang lahir melalui warisan turun-temurun ini
seharusnya dijaga dan dipelihara sebaik-baiknya kerana ia berfungsi sebagai salah satu khazanah
bangsa itu sendiri kerana ia mempunyai nilai yang amat tinggi. Justeru itu, dengan adanya adat
istiadat, martabat sesuatu bangsa akan terus terpelihara dan dipandang istimewa oleh masyarakat
dunia.
Kata Kunci: pelaksanaan, adat istiadat, majlis perkahwinan, masyarakat Bugis