Page 8 - Let's Go Healthy
P. 8
1 Lakukan Saringan
Sila datang dan membuat saringan kesihatan secara percuma di
pusat kesihatan tanpa perlu dicari. Bantulah kerajaan dengan
tampil secara sukarela dan menjalani pemeriksaan saringan yang
ditetapkan terutama kepada mereka yang pergi ke perhimpunan
ijtimak tabligh di Masjid Seri Petaling.
2 Kuarantin diri
Sekiranya anda baru pulang daripada mana-mana negara
terutamanya China, Korea Selatan, Itali, Jepun dan Iran, anda
dinasihatkan untuk melaporkan kepada pusat kesihatan dan
melakukan kuarantin diri selama 14 hari berturut-turut.
Sila rujuk ke klinik atau hospital terdekat sekiranya anda mendapat
gejala seperti batuk, demam, selsema, sakit tekak dan kesukaran
untuk bernafas.
3 Memakai topeng muka
Sekiranya anda tidak sihat seperti batuk atau selsema, pakailah topeng
muka dan segeralah mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.
Jangan menggunakan topeng muka yang sama berulang-ulang kali,
sebaiknya keraplah menukar topeng muka dari masa ke semasa.
4 Kekal berada di dalam rumah atau ‘Stay at Home’
Dengan kekal berada di rumah dapat menghindarkan diri kita
daripada dijangkiti virus COVID-19. Inilah masa terbaik
untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.
Ibu bapa boleh menjadi kreatif dengan melakukan pelbagai
aktiviti bersama anak-anak seperti membersihkan rumah,
bertukang, memasak, berkebun dan bersukan yang bersifat
dalaman dan tidak perlu keluar.
7