Page 9 - Let's Go Healthy
P. 9

5     Tingkatkan kebersihan diri dan kawasan rumah




           Sentiasa mengutamakan kebersihan diri seperti kerap mandi dan kerap mencuci tangan dengan betul menggunakan
           sabun atau menggunakan bahan pencuci tangan (hand sanitizer). Selain itu, disinfeksi kawasan rumah juga sangat

           digalakkan untuk membasmi virus.

           Campurkan satu penutup peluntur dan sembilan penutup air sahaja dan mula disinfeksi tempat yang kerap disentuh
           seperti tombol pintu, suis lampu, telefon, alat kawalan, kepala paip dan pintu peti ais.































            6     Jaga jarak 1 meter




         Sekiranya memerlukan anda untuk keluar seperti membeli barang atau ke tempat kerja atas urusan yang tidak

         dapat dielakkan, pastikan anda menjaga jarak satu meter supaya tidak bersentuhan.




























            Selain itu, kita juga digalakkan untuk menjaga kesihatan dengan baik seperti makan makanan yang berkhasiat dan
            melakukan senaman ringkas di dalam rumah.




            Alternatif lain aktiviti yang boleh dirancang semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah seperti mengisi masa
            dengan aktiviti keagamaan seperti berdoa dan membaca kitab.




            Kerajaan sudah memainkan peranan mereka untuk membasmi virus COVID-19 dengan seriusnya, maka marilah
            kita menyokong usaha kerajaan untuk memulihkan keadaan supaya boleh kembali kepada sedia kala dengan hanya

            kekal berada di rumah selama 14 hari sahaja.



            Diharapkan dalam tempoh ini, negara kita akan pulih dan wabak ini boleh dikawal. Bayangkan kita akan berpuasa

            tidak lama lagi, bagaimana rutin berpuasa di siang hari dalam keadaan tidak selamat dan bagaimana pula hendak
            berterawih pada malam hari sedangkan masjid ditutup seperti sekarang.




            Bayangkan juga bagaimana kita bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri sekiranya wabak ini masih tidak ditangani
            dengan baik. Tiada kemeriahan dan kunjung mengunjungi antara satu sama lain dan kita semua kekal berada di

            dalam rumah semasa Hari Raya..


                                                                                                                                                                  8
   4   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14