Page 10 - IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP) DALAM PENDEMIK COVID-19 DI SABAH
P. 10
Kesimpulan
Setalah menganalsis dapatan kajian ini, pengkaji mendapati bahawa pembelajaran atas
talian telah menunjukkan impak positif dan impak negatif kepada murid. Namun
informan dalam kajian ini telah menunjukkan cara yang positif untuk menghadapi
cabaran yang dihadapinya semasa pembelajaran atas talian dengan mendapat motivasi
daripada ibu bapanya. Pembelajaran atas talian merupakan trend penting dalam aplikasi
teknologi untuk terus membantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Dalam tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia telah menunjukkan kebergantungan
kepada pembelajaran atas talian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran buka sahaja
di universiti tempatan malahan sekolah-sekolah yang di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Sepanjang tempoh tersebut, setiap murid terpaksa melibatkan diri
dalam pembelajaran atas talian bagi tujuan menimba ilmu pengetahuan. Pembelajaran
atas talian telah memberikan beberapa impak positif seperti fleksibiliti, mudah, dan
telah membuka luas peluang bagi murid-murid belajar sesuatu yang baharu. Namun
begitu, tidak boleh dinafikan bahawa pembelajaran atas talian juga memberikan impak
yang negatif kepada murid seperti murid terpaksa berdepan dengan komputer dalam
jangka masa yang panjang serta murid berasa kurang motivasi. Pendedahan yang lebih
mendalam berkaitan dengan pembelajaran atas talian seperti cara-cara melindungi mata
ketika berdepan dengan komputer, akses kepada patform pembelajaran atas talian yang
bersesuaian dengan standard prestasi murid-murid haruslah disebarkan supaya para
murid lebih bersedia untuk pembelajaran masa hadapan.
10/12