Page 7 - IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP) DALAM PENDEMIK COVID-19 DI SABAH
P. 7
Mekanisme Informan Menangani Masalah yang Dihadapi
Informan menjelaskan cara dia memperoleh motivasi untuk menentang rasa malasnya
dlm PDPC atas talian.
“Masa saya rasa malas-malas tu nasib ada galakkan daripada mummy dan
daddy, mereka telah banyak memberi nasihat kepada saya supaya saya boleh
berlawan dengan penyakit malas saya tu, apabila teringat kata-kata semangat
daripada daddy dan mummy, saya terus mempunyai semangat untuk belajar.
Saya harus mencontohi daddy dan mummy saya supaya boleh berjaya dalam
hidup”(I1: B68-72)
Informan menyatakan pilihan gaya pembelajaran yang digemari selepas membuat
perbandingan PDPC atas talian dan PDPC di sekolah
“Lepas banding dengan PDPC online dan PDPC di sekolah, saya akan memilih
pergi sekolah hari-hari sebab dapat keluar dari rumah, dapat berjumpa dengan
kawan-kawan saya dapat berjumpa dengan guru-guru, dapat menghirup udara
yang segar.” (I1:B98-101)
7/12