Page 6 - IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP) DALAM PENDEMIK COVID-19 DI SABAH
P. 6
tugasan sama-sama dalam chat group tu, of course kami membawang juga lah,
tapi kami cuba type dalam BI dalam chat group tu, then saya rasa ada
improvement dlm BI kami tu. (I1:B62-B66)
Informan meluahkan perasaan gembira sebab dapat pendedahan kepada banyak kaedah
pembelajaran Abab ke - 21 dalam tempoh PKP.
“Semenjak PKP ini, semua guru mata pelajaran telah set belajar secara online...
semua guna Google Classroom, Google Meet, Quizizz dan banyak sumber
diberikan dari Youtube, banyak juga yang saya dapat belajar spt cara log
masuk Google Classroom, cara join Google Meet, serta cuba cari maklumat
sendiri... sebenaranya saya suka benda benda macam ini, bagi saya semua ni
sangat baru (I1:B26-30)
Inofrman menyatakan kebaikan pembelajaran atas talian
“ Isi kandungan PDPC dapat di replay berkali-kali walaupun sudah lepas masa
PDPC, kerja yang saya buat itu saya dapat save dan akses berkali-kali sebelum
saya hantar kepada guru.”(I1:B31-33)
Informan menjelaskan perasaan bahagia dia kerana ibu bapanya dapat meluangkan masa
makan sarapan dan makan tengah hari yang biasanya tidak berlaku dalam keluarganya.
“Teacher, saya dapat belajar dalam keadaan yang selesa, sebab dalam bilik
sendiri ada aircond, ada kerusi selesa, disediakan makanan dan minuman siap-
siap oleh ibu saya, memang tugas saya belajar ja, yang lain tak payah saya
risau semua lengkap , sampai minum pagi jam 10 pagi pun dihantar ke dalam
bilik saya (I1:B74-77)
6/12