Page 8 - IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP) DALAM PENDEMIK COVID-19 DI SABAH
P. 8
Perbincangan
Banyak kajian telah dijalankan bagi menerokai impak positif dan impak negatif
pembelajaran atas talian. Dalam kajian ini, pengkaji mendapati bahawa informan dapat
belajar bersama kawan-kawan dengan lebih berdikari di mana informan menyatakan
bahawa dia bersama kawan-kawannya telah membukat kumpulan berbual dengan
menggunakan aplikasi Telegram dan membuat perbincangan selepas setiap PDCP atas
talian yang telah berlangsung dan menyiapkan tugasan yang diberikan secara
perbincangan dengan kawan-kawan. Hasil dapat ini adalah sama seperti pendapat
sarjana yang menyatakan bahawa interaksi dalam keadaan PDPC atas talian telah
mewujudkan suasana pembelajaran berpusatkan murid, telah mengalakkan penyertaan
ramai murid , dan menghasilkan perbincangan yang lebih mendalam antara murid
berbanding dengan kelas yang tradisional (Karayan, S. & Crowe, 1997). Pembelajaran
atas talian juga menggalakkan murid yang biasanya pasif untuk melibatkan diri dalam
perbincangan secara aktif.(Citeria, 1988).
Selain itu, persekitaran pembelajaran juga memberikan kesan terhadap hasil
pembelajaran . Contohnya, Ramsden, P., & Merisotis, (1981) telah mengenalpasti secara
empirikal adanya hubungan antara pendekatan pembelajaran dan ciri-ciri persekitaran
pembelajaran. Haertela, G. D., Walberg, H.J., Haertela, (1981) mendapati bahawa
terdapatnya hubungan antara persepsi murid terhadap persekitaran sosial psikologi kelas
dengan hasil pembelajaran . PDPC atas talian telah jelas sekali mengubah bentuk
persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Ramai penyokong pembelajaran atas talian
telah melihat bahawa pembelajaran atas talian berkesan dalam menghilangkan halangan
dalam masa yang sama memberikan peningkatan kemudahan fleksibiliti, bahan ,
pembelajaran mengikut keselesaan individu dan maklum balas berbanding pengalaman
pembelajaran bersemuka (Hackbarth, 1996). Dalam kajian ini, informan telah
memaklumkan bahawa dia dapat belajar dalam keadaan yang selesa, serta semua
keperluan sudah dipenuhi semasa sesi PDPC atas talian supaya informan dapat belajar
dengan selesa. Namun begitu, pembangkang pembelajaran atas talian pula mengambil
berat bahawa murid-murid yang menjalankan pembelajaran atas talian akan berasa
8/12