Page 5 - IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP) DALAM PENDEMIK COVID-19 DI SABAH
P. 5
Informan menyatakan bahawa dia telah menjadi gemuk dalam tempoh PKP
“Teacher, lepas 3 bulan saya jadi gemuk sudah, saya try baju jalan saya tak
ngam sudah, teacher, baju saya mengecil. Alamak, malu nak keluar dari rumah”
( I1: B47-48)
Informan menyatakan bahawa dia mengalami sakit kepala dan berasa tegang pada
bahagian lehernya selepas berdepan dengan komputer dalam jangka masa yang panjang.
“PDPC online ini, saya kena sentiasa dengan komputer, klu bukan komputer
mesti pegang hand phone saya... kadang-kadang lepas kelas sepanjang hari
saya berasa sakit kepala, tegang di bahagian leher saya” (I1: B55-57)
Informan mengaku bahawa dia berasa malas –malas untuk bangun pagi untuk PDPC
atas talian kerana tiada kawan-kawan yang temankannya
“ Teacher, kadang-kadang saya rasa malas juga nak bangun pagi-pagi sebab rasa
sunyi tiada kawan-kawan temankan”(I1:B67-68)
Impak Positif PDPC Atas Talian
Informan meluahkan perasaannya bahawa dia akan membincangkan topik –topik
dengan kawan-kawannya selepas setiap PDPC atas talian dengan menggunakan
aplikasi seperti Telegram
“Teacher, sejak ada PDPC online ini, kami satu kelas telah buka satu group
chat, kami akan membincangkan setiap topik yang telah diajar oleh guru, kami
sempat lagi share info yang kami dapat, bincang sedikit topik dan saipkan
5/12