Page 2 - IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP) DALAM PENDEMIK COVID-19 DI SABAH
P. 2
Pengenalan
Penyakit Coronavirus (COVID-19) ialah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan
oleh Virus Corona yang baru dikesan. Kebanyakkan pesakit COVID-19 akan mengalami
penyakit sistem respirasi yang ringan hingga sederhana dan pulih tanpa memerlukan rawatan
khas. Orang yang lebih tua dan mereka, dan mereka yang mempunyai masalah perubatan
seperti penyakit kardiovaskular, diabetes, penyakit pernafasan kronik, dan barah cenderung
untuk menghidap penyakit serius. Kes pertama kali dikenal pasti di Wuhan, China pada
Disember 2019
Pandemik COVID-19 telah disahkan merebak di Malaysia pada 25 Januari 2020.
(Sipalan, Joseph; Holmes, 2020) Sehingga 29 Jun 2020, terdapat 8,637 kes yang disahkan
dengan sebanayak 8,334 keas telah pulih dan 182 kes aktif serta 121 kes kematian. Berikutan
peningkatan kes pada Mac, yang di-Pertuan Agong telah menyatakan kebimbangan baginda
terhadap kes positif yang mendadak. (Ram, 2020). Langkah selanjutnya kemudiannya
diumumkan oleh Perdanan Menteri Malaysia untuk mengatasi penyebaran virus ini di dalam
negara melalui siaran langsung pada 13 Mac 2020.(Bernama, 2020). Di Sabah, kes positif
Covid-19 pertama dilaporkan melibatkan seorang penduduk lelaki dari Daerah Tawau yang
merupakan salah seorang musliman yang telah menyertai perhimpunan agama di Sri Petaling,
Kuala Lumpur.
Dengan penyebaran virus di semua negeri dan wilayah persekutuan di Malaysia
sehingga 16 Mac, kerajaan Malaysia mengumumkan bahawa mereka telah membuat
keputusan untuk melaksanakan perintah berkurung separa negara (dikenali sebagai Perintah
Kawalan Pergerakan ) dari 18 Mac hingga 31 Ogos 2020 sebagai langkah untuk
mengawalkan dan seterusnya memutuskan jangkitan virus Covid-19 dalam Malaysia.
(Bunyan, 2020; Sukumaran, 2020).
Pandemik COVID- 19 telah mengancam kemajuan pendidikan di seluruh dunia
melaui dua kejutan besar iaitu: penutupan hampir semua sekolah di semua peringkat dan
kemelesetan ekonomi dicetuskan oleh langkah-langkah kawalan pandemik. Kejutan
penutupan sekolah menyebabkan kehilangan pembelajaran, pembelajaran tergendala, dan
ketidaksamaan yang lebih tinggi, dan kejutan ekonomi akan memburukkan lagi keadaan,
2/12