Page 3 - IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP) DALAM PENDEMIK COVID-19 DI SABAH
P. 3
dengan menekan permintaan dan penawaran pendidikan kerana merugikan rumah tangga.
Bersama ini akan membebankan kos jangka masa panjang ke atas modal insan dan kebajikan.
Pada 15 April, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM) memutuskan untuk membantalkan
Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun 2020.
Penyataan Masalah
Seiring dengan Perintah Kawalan Pergerakann (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan
Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19, pembelajaran atas talian
merupakan suautu keperluan bagi semua pelajar bagi tujuan menimba ilmu.(Mohamad Idham
Md Razak, 2020). Kebayakan universiti tempatan baik awam ataupun swasta termasuk
sekolah-sekolah di Malaysia tiada pilihan lain dengan menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran secara maya bagi memastikan sukatan mata pelajara dapat disampaikan dengan
sebaik mungkin supaya sesi pembelajaran tidak tergendala.
Soalan
Apakah impak pembelajaran dan pemudahcaraan (PDPC) atas talian terhadap seorang murid
serta cara mengatasi untuk semua masalah yang dihadapi dalam tempoh PKP?
Metodologi
Pengkaji telah menjalankan satu sesi temu ramah dengan seorang informan bagi tujuan
mengetahui impak PDPC atas talian sepanjang tempoh PKP terhadap seorang murid.
Informan tersebut dipilih secara sample bertujuan, iaitu murid sekolah menengah terletak di
luar bandar yang terlibat dalam PDPC atas talian dan memang mempunyai akses internet
yang baik. Informan tersebut merupakan seorang murid yang belajar di sebuah sekolah
menengah di Sabah. Temu ramah ini telah dijalankan secara bersemuka dengan mematuhi
SOP PKPB di sekolah, transkrip tersebut telah dianalisis dengan cara koding terbuka, koding
aksial dan koding pemilihan, perbincangan tentang tema yang diperoleh telah dijalankan.
3/12