Page 4 - IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP) DALAM PENDEMIK COVID-19 DI SABAH
P. 4
Keputusan
Setelah pengkaji tanya beberapa soalan berkaiatan dengan PDPC atas talian, jawapan
yang diberikan oleh informan telah menunjukkan bahawa dia telah memahami
sepenuhnya maksud dan juga pelaksanaan PDPC atas talian. Informan juga
memaklumkan dengan pengkaji bahawa segala peralatan yang diperlukan untuk PDPC
atas talian telah disediakan oleh ibu bapanya. Temu ramah ini akan membantu pengkaji
mengetahui kelebihan dan kelemahan PDPC atas talian terhadap seorang murid serta
langkah-langkah mengatasi masalah yang dihadapi sepanjang tempoh PKP.
Impak Negatif PDPC Atas Talian
Informan memaklumkan bahawa dia dikehendaki menghadap komputer dari pagi ke
petang setiap hari dari Isnin sehingga Jumaat.
“Teacher, sengsaranya saya kerana sentiasa berada di depan komputer dari
jam 7 pagi hingga jam 1 petang, sebab jadual diatur dari jam 7-9 pagi, 9-11
pagi dan 11-1petang, tiada masa rehat disetkan. Setiap Isnin hingga Jumaat pun
begini, sebab tak nak ketinggalan apa-apa yang diajar oleh guru mata pelajaran
so kadang-kadang toilet pun saya tak berani pergi” (I1:B33-37)
Informan juga menyatakan ketidakselesaan pada bahagian mata kerana terpaksa
berdepan dengan komputer dalam jangka masa yang panjang.
“Teacher, lama-lama saya berdepan dengan komputer mata saya jadi kering,
kadang-kadang keluar air mata tu dan saya menjadi cepat mengantuk serta
tiada aktiviti fizikal langsung dari Jam 7 pagi hingga Jam 1 petang.... duduk dan
buat kerja guna komputer saja” (I1: B45-47)
4/12