Page 9 - IMPAK PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN(PKP) DALAM PENDEMIK COVID-19 DI SABAH
P. 9

terasing (Brown, 1996), kekeliruan, dan putus asa (Hara, N., & Kling, 2000) dan minat

                       murid-murid terhadap sesuatu  mata pelajaran serta keberkesanan pembelajaran mungkin
                       akan  berkurang  (Maki,  R.H.,  Maki  W.  S.,  Patterson,  M.,  &  Whittaker,  2000). Seperti

                       dalam kajian ini , informan juga memaklumkan  bahawa kadang-kadang dia akan berasa
                       kesunyian dan berasa  malas sebab ketiadaan teman daripada kawan-kawan.


                        Di  samping  itu,  informan  telah  menyatakan  bahawa  dia  mengalami  masalah  sakit  di

                        bahagian leher dan mata menjadi kering akibat berdepan dengan komputer dalam jangka
                        masa yang panjang.  Kajian telah menunjukkan bahawa masa skrin yang berpanjangan

                        menyumbang kepada keletihan mata dan ketegangan mata digital (Nafolion Nur Rahmat,

                        Munawir, A., & Bukhori, 2017).

                          Peningkatan akses pembelajaran atas talian  kepada program-program , kursus-kursus,

                        dan  maklumat  kursus-    kursus  adalah  menggalakkan.    Penyelidikan  awal  meneroka

                        potensi pembelajaran dalam talian telah memberikan beberapa gambaran keseluruhan
                        (Cereijo, M.V.P, Young, J., & Wilhelm, 1999). Dalam kajian ini, pengkaji mendapati

                        bahawa  informan  sangat  gembira  sebab  dapat  mempelajari  benda  baharu  serperti
                        Google Classroom, Google Meet, Quizizz dan sebagainya.


                          Selain itu, pelbagai hasil kajian telah menunjukkan pembelajaran atas talian amatlah

                        memerlukan    murid-murid  berdisiplin  dan  bermotivasi  (Golladay,  R.,  Prybutok  &  &
                        Huff,  2000).  Ini  amatlah  benar  di  mana  pembelajaran  atas  talian  ialah  pembelajaran

                        berdikari, pembelajarn kendiri. Motivasi dalam diri murid dianggap sebagai salah satu
                        faktor utama yang mempengaruhi keberkesanan bagi sesuatu sesi PDPC. Dalam kajian

                        ini, informan memaklumkan bahawa dia dapat motivasi daripada nasihat-nasaihat ibu

                        bapanya,  dia  akan  teringat  nasihat  drp  ibu  bapanya  jika  dia  berasa  kurang  motivasi
                        untuk melibatkan diri dalam PDPC atas talian.














                                                                                                         9/12
   4   5   6   7   8   9   10   11   12