Page 75 - Buku Teks Digital Mate KSSM T5
P. 75

BAB 2   Matriks

                  Contoh    30

                                                        Kamera K       Kamera L
                                     Pemasangan          10 minit       10 minit

                                     Pembungkusan        5 minit        9 minit
                                                                                                              2
                Syarikat Komunikasi Era Baru menghasilkan dua model kamera, K dan L. Setiap kamera
                yang dihasilkan perlu melalui dua bahagian, iaitu Bahagian Pemasangan dan Bahagian            BAB
                Pembungkusan. Jadual di atas menunjukkan masa pemasangan dan pembungkusan bagi setiap
                jenis kamera. Diberi bahawa Bahagian Pemasangan beroperasi selama 12 jam sehari dan
                Bahagian Pembungkusan pula beroperasi selama 9 jam sehari. Hitung bilangan kamera K dan
                kamera L yang boleh dihasilkan dalam sehari.

                Penyelesaian:

                   Memahami masalah                    Merancang strategi

                  Jumlah masa pemasangan ialah        (a)  Bentukkan dua persamaan linear.
                  12 jam bersamaan 720 minit.         (b)  Ungkapkan persamaan dalam bentuk matriks
                  Jumlah masa pembungkusan ialah          dan selesaikannya.
                  9 jam bersamaan 540 minit.
                  x = bilangan kamera K
                      yang dihasilkan                   Melaksanakan strategi
                  y = bilangan kamera L                10x + 10y = 720
                      yang dihasilkan
                                                           5x + 9y = 540

                                                                x
                                                                      720
                                                       3 10 10 43 4 3 4
                                                                   =
                                                                y
                                                                      540
                                                            9
                                                        5
                                                                            1
                                                                x
                                                                                              43 4
                                                                   =

                                                               3 4  (10)(9) – (10)(5) 3  9  –10 720
                   Membuat kesimpulan                           y                      –5  10   540
                  Bilangan kamera K yang                              1   1080

                  dihasilkan ialah 27 unit dan                     =  403 1800 4
                  bilangan kamera L yang
                                                                       27
                  dihasilkan ialah 45 unit.                        =  3 4
                                                                       45
                  Latih Kendiri  2.2h
                  1.  Suatu kaji selidik telah dijalankan mengenai jualan dua jenis karipap, berinti sardin
                     dan berinti kentang. Dalam satu jam pertama, 24 biji karipap berinti sardin dan 18 biji
                     karipap berinti kentang telah dijual, dan jumlah jualannya ialah RM28.80. Dalam satu
                     jam seterusnya, 30 biji karipap berinti sardin dan 14 biji karipap berinti kentang telah
                     dijual, dan jumlah jualannya ialah RM29.20. Hitung harga satu biji karipap berinti sardin
                     dan satu biji karipap berinti kentang dengan menggunakan kaedah matriks.

                                                                                                   65
                                                                                                  KPM
   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79   80