Page 11 - E-Folio Komunikai dan penyiaran islam
P. 11
4.4 Hikmah kewajipan berhijab dengan sempurna dalam islam
1. Menghindarkan Diri Dari Dosa Akibat Mendedahkan Aurat
Hikmah pertama yang akan diperoleh jika seorang wanita berhijab dengan sempurna adalah dapat
terhindar dari dosa akibat mendedahkan aurat. Salah satu penyebab neraka lebih banyak dihuni oleh
kaum wanita adalah karena selama hidupnya mereka tidak menutup aurat di hadapan orang-orang
yang bukan mahramnya. Untuk itu lebih baik tutuplah aurat kerana akan mendapatkan banyak faedah
dibandingkan membukanya.
2. Menghindari Fitnah, Tuduhan Atau Pandangan Negatif
Seorang wanita yang membuka serta mendedahkan auratnya secara terang-terangan boleh dituduh
sebagai wanita penggoda, pelacur ataupun wanita murahan. Oleh sebab itu, dengan berhijab dengan
sempurna akan menghindarkan diri dari fitnah yang demikian. Janganlah sesekali memakai pakaian
seksi yang memperlihatkan bahagian tubuh yang dapat merangsang lawan jenis dan pada akhirnya
akan menambah beban dosa seorang wanita.
3. Membezakan Wanita Islam yang solehah dengan yang lainnya
Wanita solehah diperintah menutup aurat dengan sempurna adalah untuk membezakan dengan wanita
Islam yang rosak akhlak atau wanita kafir. Wanita-wanita tersebut biasanya tidak tahu menghargai
nilai kesopanan diri. Mempamerkan kecantikan tubuh untuk mendapat pujian orang lain adalah
menjadi kebanggaan mereka. Demikianlah rendahnya moral mereka. Tabiat ini seharusnya tidak
menguasai peribadi wanita-wanita mukmin dan mereka semua diwajibkan menjaga kehormatan
maruah yang dibentuk oleh Islam menerusi tingkah laku yang baik.
4. Mencegah timbulnya hawa nafsu lawan jenis maupun sesama jenis
Secara umum lelaki normal akan senang terangsang melihat wanita yang memakai pakaian ketat,
jarang , serta menampakkan bentuk badan, rambut disalon, wajah dimakeup seksi, dan sebagainya.
Banyak lelaki yang ingin menzinai perempuan yang seperti itu baik secara paksa maupun tanpa
paksaan. Oleh itu, islam menegaskan wanita supaya berhijab bagi menutup semua anggota badan
yang wajib bagi mengelakkan berlaku maksiat yang mendatangkan banyak keburukan.
5. Mencegah penyakit kanser kulit
Kanser adalah sekumpulan penyakit yang menyebabkan sebahagian sel tubuh berubah sifatnya.
Kanser kulit adalah tumor-tumor yang terbentuk akibat kekacauan dalam sel yang disebabkan oleh
penyinaran cahaya, zat-zat kimia, dan sebagainya.
Penelitian kajian menunjukkan kanser kulit biasanya disebabkan oleh sinar Ultra Violet (UV) yang
menyinari wajah, leher, tangan, dan kaki. Kanser ini banyak menyerang orang berkulit putih, sebab
kulit putih lebih mudah terbakar matahari.Wanita memiliki daya tahan tubuh lebih rendah daripada
lelaki . Oleh itu, wanita lebih mudah terserang penyakit khususnya kanser kulit.
Disebabkan itu, cara untuk melindungi tubuh dari kanser kulit adalah dengan menutup kulit. Salah
satunya dengan berhijab . Karena dengan berhijab , kita melindungi kulit kita dari sinar UV.
Melindungi tubuh bukan dengan memakai tudung yang jarang dan baju ketat kerana sinar UV boleh
menembus pakaian yang ketat apatah lagi pakaian yang jarang. Berhijab disini haruslah sesuai kriteria
hijab iaitu pakaian yang tebal dan menutup seluruh bentuk tubuh.