Page 8 - E-Folio Komunikai dan penyiaran islam
P. 8
4.0 Konsep Menutup Aurat Bagi Wanita Dalam Islam
4.1 Definisi menutup aurat (berhijab)
Dari segi bahasa, aurat ialah sesuatu yang mengaibkan. Dari segi istilah, aurat ialah bahagian tubuh
badan seseorang yang wajib ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi.
Oleh itu, semua umat islam disyara’kan menutup aurat khusunya wanita islam diwajibkan menutup
aurat dengan berhijab dan memakai pakaian yang longgar dan selesa. Hijab dari segi bahasa ialah
benda yang menutup sesuatu dengannya. Ia adalah kata terbitan daripada kata akar 'ha-ja-ba' yang
bermakna untuk tudung, untuk tutup, untuk tabir, untuk lindung. Hijab dari istilah atau syarak ialah
seluruh pakaian sopan bagi wanita Islam. Selain itu, skarf kepala. Ia adalah sesuai dirujuk sebagai
khimar. Sejenis tutup kepala yang mana kain berbentuk empat segi lalu dilipat menjadi segi tiga.
Seterusnya diletakkan di atas kepala dan diketatkan di bawah dagu. Sesetengah negara yang
berbahasa arab dan negara-negara Barat, perkataan hijab selalunya merujuk kepada penutupan kepala
dan badan wanita. Tetapi dalam Islam, hijab telah diberi erti yang lebih meluas iaitu kesopanan,
bersendirian dan akhlak.
4.2 Adab – adab Berhijab yang Berhijab Betul Bagi Wanita
Banyak kaum hawa yang menyangkal, bahwa tidak memakai tudung yakni dosa kecil. Yang dapat
tertutupi dengan pahala yang banyak dari solat, puasa, zakat dan Haji yang mereka lakukan, Ini adalah
cara berpikir yang salah dan harus diluruskan. Kaum Muslimah yang tidak memakai tudung, tidak
saja telah berdosa besar kepada Allah SWT, tetapi telah menghapus seluruh pahala amal ibadahnya.
Seperti yang termaktub dalam firman Allah SWT, “Barang siapa yang mengingkari hukum-hukum
syariat Islam sesudah beriman, maka hapuslah pahala amalnya bahkan di Akhirat dia termasuk orang-
orang yang rugi.” (QS. Al-Maidah: 5). Terdapat beberapa persyaratan dan adab-adab yang harus
diperhatikan ketika berhijab:
1. Mesti menutupi kepala, bahagian dada dan termasuk leher
Perkara ini bagi membetulkan perspeksi masyarakat yang salah faham bahawa tudung hanya perlu
menutupi bahagian rambut sahaja. Kefahaman ini sama sekali tidak bertepatan dengan aturan Islam
kerana Allah SWT telah berfirman:
Maksudnya: “dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat
pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan
janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan
hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka...” ( al-Nur, 24: 31)
Yang di maksudkan dengan menutup belahan leher dalam ayat ini ialah menutup kepalanya dengan
tudung dan bahagian dadanya termasuk juga leher. Termasuk juga semua tempat yang boleh
membawa fitnah.
2. Tidak jarang hingga menampakkan leher dan telinga
Pemakaian tudung bukan sahaja diwajibkan menutupi bahkan ia juga perlu melindungi. Bermaksud
tudung bukan sahaja untuk menutup tetapi ia juga menghalang daripada kelihatannya aurat,
bermaksud setiap tudung mestilah tidak jarang sehingga menampakkan aurat sama seperti tidak
bertudung.