Page 3 - E-Folio Komunikai dan penyiaran islam
P. 3
1.0 Pengenalan
Secara umumnya, manusia sentiasa sibuk memajukan diri dan tidak pernah berhenti mengejar arus
kemodenan dalam bidang sains dan teknologi. Perkara ini memberikan kesan dan impak yang
mendalam terhadap corak pemikiran, pemahaman, pemakaian, agama, budaya dan gaya hidup. Dunia
fesyen juga turut menerima tempias arus kemodenan dan kemajuan dunia yang menuntut manusia
konon-kononnya perlu tampil selari dengan ruh kemodenan yang berlaku masa kini.
Sememangnya, sebagai umat Islam, kita dituntut untuk sentiasa memajukan diri supaya tidak
ketinggalan dan terus diperlekehkan oleh pihak lain. Bagaimanapun, dalam mengejar angin perubahan
ini, ramai di antara kita terlupa dan melanggar batasan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Ramai
umat Islam, khususnya dalam kalangan wanita Islam tidak menyedari bahawa fesyen pakaian yang
diperagakan sebahagiannya bertentangan dengan ajaran Islam yang mewajibkan umatnya menjaga
aurat dengan sempurna.
Mutakhir ini, pegangan sebahagian umat Islam dilihat semakin longgar apabila terdapat dalam
kalangan suami dan ibu bapa sengaja membiarkan isteri dan anak-anak mereka mendedahkan aurat.
Perkara ini amat dikhuatiri dan menakutkan sekiranya hadis di bawah dapat difahami dengan baik
oleh umat Islam.
Diriwayatkan oleh Muslim bahawa Nabi SAW bersabda:
“Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka,
(kerana tidak ada pada zamanku. Mereka ini akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama kata Nabi
SAW ialah golongan yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul
manusia (melakukan kezaliman). Dan golongan kedua kata Nabi SAW adalah kalangan perempuan
berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat;
diatas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga,
bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu
dari jauh.”
Terdapat juga wanita Islam yang mendakwa mereka menutup aurat, namun mereka sebenarnya
menipu diri sendiri. Keadaan ini boleh dilihat apabila ramai wanita memakai pakaian yang menutup
aurat tetapi dalam masa yang sama, pakaian berkenaan terlalu ketat hingga menampakkan bentuk dan
susuk tubuh. Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu-waktu tertentu sebagai
penghormatan dan memenuhi keperluan adat. Sebagai contoh, pada hari Jumaat, ketika menghadiri
majlis keagamaan dan menziarahi jenazah. Namun, pada waktu lain mereka kembali memakai
pakaian yang mendedahkan aurat tanpa segan silu seolah-olah kewajiban menutup aurat ada tempoh
masa dan hari tertentu sahaja.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Tahrim, ayat 6.
⺁
˴
˴
˴
˴
˴
⺁
嵰
Ϯ
䇅 ௲ ⺁䇅 䇅 ྋ 䇅 Ω " Δ˴Ϝ Γ ˴ ⺁ ௲ ˴ Ω Ϩ௲ ˴ ϗ ⺁䇅˴ 䇅௲ ⺁䇅˴ ϗ䇅 Ϩ Ϧ ˴ 䇅
⺁
Ϭ
嵰
嵰
⺁
⺁
.䇅௲
⺁
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada neraka,
yang mana umpan dan bahan bakar api neraka itu adalah terdiri daripada kalangan manusia dan batu
berhala, neraka itu dikawal oleh malaikat yang keras dan kasar layanannya, mereka tidak menderhaka
kepada Allah dalam segala apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap
melakukan segala apa yang diperintahkan.”