Page 5 - E-Folio Komunikai dan penyiaran islam
P. 5

3.0 Konsep Berfesyen Dalam Islam

                   3.1 Definisi Berfesyen
               Wanita dan fesyen tidak dapat dipisahkan. Hakikatnya wanita itu sendiri perhiasan dan suka berhias.
               Namun begitu, di era ketamadunan teknologi dan fesyen, sebahagian wanita Islam sanggup melanggar
               batas-batas berpakaian dan berhias yang telah ditetapkan syarak seperti yag terkandung dalam Al-
               Quran. Tujuan manusia berpakaian dan menutup badan adalah untuk kelihatan sopan, tetapi perhiasan
               dan dekorasi terlebih dahulu menjadi aspek penting dalam berpakaian.

               Merujuk Kamus Dewan dan Pustaka, fesyen adalah gaya pakaian, kosmetik, tingkah laku dan lain-
               lain yang menjadi kegemaran ramai. Menurut Colin Mc Dowell,Pengerusi Kumpulan Kostum di
               Britain menyatakan bahawa, fesyen adalah sesuatu yang berkembang mengikut peredaran zaman.
               Fesyen juga mengikut keadaan sosial, politik dan kebudayaan sesuatu tempat.

               Daripada rumusan kajian yang diperolehi, fesyen adalah bukan sahaja penggayaan dari segi
               berpakaian malah dari segi kehidupan sosial dan akhlak manusia yang terjerumus mengikut peredaran
               masa yang semakin maju. Secara jujurnya, apa yang dilihat generasi-generasi sekarang berfesyen
               tidak mengikut piawaian syarak dalam pelbagai aspek. Oleh itu, timbullah istilah-istilah fesyen yang
               dianggap muslimah namun secara zahiri bukan maknawi seperti fesyen lolita, fesyen hijabista dan
               pelbagai nama-nama fesyen yang pelik.

               Falsafah fesyen Barat amat mengetengahkan suatu fesyen yang mengikut zaman dan tidak menuruti
               syarak juga menaikkan ghairah lelaki lalu ingin meraih pujian semata. Mereka juga menentang wanita
               menutupi seluruh tubuh badan mereka dan beranggapan ianya perbuatan melanggar hak kebebasan
               bagi wanita. Selain itu, mereka juga mengatakan berbogel juga adalah hak asasi manusia.

               Falsafah fesyen dalam Islam adalah berpakaian atau berhias kemas, menutup aurat dan sopan. Hal ini
               kerana, cara berpakaian akan menggambarkan siapa diri kita sebenarnya. Mengapa Allah turunkan
               ayat cara berpakaian dan menutup aurat, adalah hendak membezakan kita dengan orang-orang jahiliah
               dan musyrik.




                   3.2 Adab – Adab Berfesyen

               Wanita tidak boleh dipisahkan dengan fesyen. Bermula dengan pakaian, kasut dan tudung. Masing-
               masing mahu kelihatan bergaya, cantik, menarik dan menjadi perhatian orang ramai. Tidak dinafikan
               bahawa bukan semua wanita tergolong dalam golongan ini, tetapi realitinya kemunculan rekaan-
               rekaan fesyen adalah untuk memberi pilihan kepada kaum wanita. Jika dilihat fesyen tudung hari ini
               tidak dapat dikira jumlahnya. Pelbagai jenis tudung diperkenal dan memenuhi pasaran. Di antaranya,
               tudung HybridShawl, Ayana,Fareeda,Arini,Bokitta, Bawal Exclusive,Pearl Haya,Sugarscarf Isha Nur,
               dan lain-lain. Muncul juga festival-festival busana Muslimah yang memperagakan pelbagai jenis
               fesyen yang diadakan di dalam dan luar negara. Masing-masing mempamerkan bakat tanpa
               mempedulikan sama ada perkara tersebut bertepatan dengan tuntutan agama ataupun tidak.
               Islam tidak melarang untuk berfesyen, selagi mana tidak bertentangan dengan garis panduan yang
               telah ditetapkan. Pemakaian tudung bukan satu perkara yang hanya melibatkan individu tertentu
               sahaja. Ia juga secara tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat dan agama
               khususnya. Kefahaman yang baik mengenai agama akan terzahir melalui akhlak dan perwatakkan
               seseorang. Begitu juga dalam pemakaian tudung, jika difahami hukum dan kenapa ia disyariatkan
               maka seseorang itu tidak akan berlebihan dan keluar daripada peraturan yang telah ditetapkan.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10