Page 6 - E-Folio Komunikai dan penyiaran islam
P. 6
Kaum wanita perlu tahu bahawa hukum pemakaian tudung adalah wajib. Oleh yang demikian, tiada
alasan dan pengecualian diberikan kepada mana-mana pihak. Hukum wajib ini bermula apabila
seseorang perempuan telah mencapai usia baligh. Kanak-kanak tidak termasuk dalam hukum ini buat
sementara waktu, akan tetapi Islam menyarankan ibubapa agar mula melatih anak-anak mereka
menutup aurat bermula dari usia kanak-kanak. Bak kata pepatah “hendak melentur buluh biarlah dari
rebungnya”. Ini kerana, walaupun mereka tidak mengetahui tujuan dan hukumnya, namun perlu
diberi perhatian di atas pesanan Rasulullah SAW iaitu awal-awal agama ialah mengingati
Allah. Ertinya, biarlah kecintaan kepada Allah tertanam di dalam hati mereka sehingga timbul rasa
takut dan patuh pada suruhan dan menjauhi larangan-Nya.
Pemakaian tudung bukan sahaja bergantung kepada kefahaman pensyariatannya. Ini kerana, setiap
sesuatu perkara itu bermula dengan niat. Jika niatnya kerana Allah SWT maka pahala yang akan
diperolehnya, tetapi jika sebaliknya maka ia sia-sia dan tidak akan memberi sebarang manfaat kepada
seseorang itu. Niat yang betul dalam pemakaian adalah bertepatan dengan tasawur Islam. Mengikut
tasawur Islam, pemakaian mestilah memenuhi syarat-syarat tertentu, iaitu:
1. Menutupi Seluruh Badan Kecuali yang Dikecualikan
Pakaian wanita harus menutupi seluruh tubuh kecuali wajah dan telapak tangan. Ingat, selain kedua
anggota tubuh ini wajib ditutupi termasuk juga telapak kaki. Dari syarat pertama tersebut, maka
jelaslah bagi seorang Muslimah untuk menutupi seluruh badan kecuali yang dikecualikan oleh syari’at.
Maka, sangat menyedihkan ketika seseorang memaksudkan dirinya memakai hijab, tapi dapat kita
lihat rambut yang keluar dari bagian depan ataupun belakang, lengan tangan yang terlihat sampai
sehasta, atau leher dan telinganya terlihat jelas sehingga menampakkan perhiasan yang seharusnya
ditutupi.
2. Bukan Berfungsi Sebagai Perhiasan
Ketika tudung dan pakaian wanita dikenakan agar aurat dan perhiasan mereka tidak nampak, maka
tidak tepat ketika menjadikan pakaian atau tudung itu sebagai perhiasan atau latah mengikuti tren
fesyen. Karena tujuan awal untuk menutupi perhiasan menjadi hilang. Sehingga seseorang merasa
sah-sah saja menggunakan hijab dan pakaian indah dengan warna-warni yang lembut dengan motif
bunga yang cantik, dihiasi dengan benang-benang emas dan perak atau meletakkan berbagai manik-
manik perhiasan pada tudung mereka yang pada akhirnya pakaian ini malah jadi mengundang
perhatian bagi lawan jenis yang bukan muhrim. Ini tentu saja bukan kaedah shariah yang dibenarkan.
3. Kainnya Harus Tebal dan Tidak Nipis
Rasulullah SAW bersabda tentang dua kelompok yang termasuk ahli Neraka dan beliau belum pernah
melihatnya, “Dua kelompok termasuk ahli Neraka, aku belum pernah melihatnya, suatu kaum yang
memiliki cambuk seperti ekor sapi, mereka memukul manusia dengan cambuknya dan wanita yang
(berpakaian tapi telanjang, baik karena nipis atau pendek yang tidak menutup auratnya), bergaya
ketika berjalan, ingin perhatian orang, kepala mereka seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk surga
dan tidak mendapatkan baunya, padahal baunya didapati dengan perjalanan demikian dan demikian.”
(HR. Muslim 3971, Ahmad 8311 dan Imam Malik 1421)